Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday 11 October 2009

Genap Setahun Pertunangan..11/10/2009



Salam...

Alhamdulilah..arini genap setahun ulang tahun pertunangan aku & dia...Hendak di imbas kembali, detik-detik perkenalan kami sehinggalah ke alam pertunangan panjang cerita nya sampai aku tidak terungkap di sini..Cukuplah antara aku & dia..alhamdulilah dalam usia perkenalan kami sejak October 2003 (kalo aku x silap) hubungan kami masih utuh even pelbagai ujian yg kami lalui...Allah maha Mengetahui apa yang di kehendaki Nya...alhamdulilah inilah jalan yang kami pilih setahun yang lalu untuk bertunang. Sedar tak sedar, hubungan kami dah pun menjangkau 6 tahun...(proses perkenalan+pertunangan)..kalo org lain dengar, memang jangka masa yang amat panjang..Kadang2 aku terpikir, dalam tempoh 6 tahun..di tolak ngn 2 tahun perkenalan, 4 tahun aku dah berkahwin...wahhh..advance tu..tp bukan mudah untuk kita membuat keputusan dalam waktu terdekat lagi2 melibatkan masa depan. Banyak perkara yang harus kami fikirkan demi komitmen pada pelajaran, keluarga, kerjaya & matlamat kami ke arah rumahtangga..bukan mudah untuk di lalui..senang cite, pelan2 kayuh...huhu..!

Bercerita pula tentang persiapan pertunangan aku setahun yang lalu, segala persiapan hantaran, baju tunang, tudung, veil, catering & lain2..semuanya dapat di selesaikan dalam masa yang di tetapkan walaupun majlis pertunangan jatuh bulan syawal..ia tidak membataskan aku & family untuk membuat preparation. Dengan perancangan awal, alhamdulilah majlis pertunangan aku dapat berjalan dengan lancar. Di sini juga, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga, saudara mara & pihak rombongan daripada pihak laki kerana menjayakan majlis ini...mudah2an majlis perkahwinan yang akan di adakan pada bulan Mei 2010 nanti (tarikh blm d tetapkan) berjalan dengan lancar & di berkatiNya..amin....

Buat tunang ku tersayang Muhamad Zaid...Selamat Ulang Tahun Pertunangan Kita...moga ape yang kita hajatkan mudah2an tercapai..amin ya rabbal alamin...

signing off ::syaqira::

Gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Ku 
pada 11 October 2008 bersamaan 11 Syawal 1429H



Hantaran Ku..Buat Si Dia


Cincin merisik+tunang..


Aku...


wif my fiance..after majlis

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih