Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 9 October 2009

Tempahan Dewan Kahwin @ MPAJ

Hari ni aku dah mula buat tempahan dewan di AU5 Keramat untuk Majlis Perkahwinan aku pada bulan Mei tahun hadapan. Untuk pengetahuan semua, dewan ni under MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) jadi segala urusan perlu di buat di MPAJ..Walaupun ada masa 7 bulan lagi, bagi aku tempoh masa yang ada bukan tempoh yang panjang. Dari sekarang aku dah mula bergerak untuk mempersiapkan segala urusan perkahwinan aku nanti..Tengahari tadi, selamat sudah segala tempahan dewan yang di buat..Masa rehat  yang aku gunakan di opis arini aku pergi ke MPAJ booking dewan yang aku & family cadangkan. Alhamdulilah..semua berjalan lancar..dengan bayaran cagaran pun aku dah selesaikan masa tu juga..Lega rasanya, kalo dah submit form booking dengan bayaran deposit, selesai satu perkara..atleast, aku dah dapat tempat untuk di adakan majlis perkahwinan aku nanti. Kadang-kadang aku terpikir jugak, kalau lah tempahan dewan tu penuh..susah jugak aku dengan family nak pikirkan sebab aku rasa dewan ni amat sesuai di adakan majlis aku nanti lebih-lebih lagi ia berdekatan dengan kawasan rumah aku. So, lebih memudahkan lagi urusan perkahwinan aku kelak...insyaAllah...amin...


Semakan : 

  • Tempahan Tempat ::Dewan Serbaguna AU5 Lembah Keramat
  • Tarikh :: 22 Mei 2010
  • Masa :: 9.30 pagi-5 petang 
Signing off :: syaQira

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih