Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Friday 30 November 2012

Progress Rumah @ 18/11/2012

last week aku tak ada plan nak ke mana-mana melainkan attend kenduri orang je, ajak husband saja-saja nak tengok progress rumah..bolehlah bawa our little berjalan-jalan jap..dah sampai..wahhh..tengok progress

rumah berjalan dengan lancar..nak masuk site memang tak dapatla so tengok pun..dari rumah contoh yang ada dekat situ je.."laju betol buat kerja..kata incik husband"..aku pun memang iye2kan je sebab memang laju deme buat koje..mudah-

mudahan mengikut jadual masa nak duduk ini..huhu..tengok rumah kami ini, dah nampak rangka rumah..<<standby wang lagi la gamaknya untuk interest akan datang..fuhhh...hopefully, lepas ini kalau datang lagi tengok-tengok dah nampak bumbung pulak..huhu..


gambar-gambar yang di ambil dari show house..tu yang boleh snap dekat tu..:-) credit tuk incik husband







gambar bawah snap dari jauh...






Sunday 25 November 2012

Dapat jumpe Durian Crepe!!


yeahhh..finally, dapat jugak aku makan durian crepe yang orang2 sibuk bikin panas je bile sebut..hahaaaa...skg aku dah jumpe durian crepe suggestion dari cik kak kite kak emyyy...tenkiu2..aku beli 2pek dengan Rm2O sebagai percubaan..boleh pulak camtu..huhu! 1pek die jual Rm10..isinya ade 5pcs. bagi aku yang dah cuba makan ni ok jgk la rsnye..apepun, depends pd orang buat jugak. Kalau kene dengan tekak kite ok la jadinye..eheheh!




kalau korang rasa nak order klik je link ni di sini agak famous jugakla tuan punye durian crepe ni..sebab ramai yang order.

1pek=Rm10


:: signing off ::














Tuesday 20 November 2012

Citer durian crepe


haaaa..arini sibuk orang2 opis bercerita pasal durian crepe ni..ade yang tanya mana nak dapat desert ini..aku sendiri pun belum try makan..hihihi..nak jugak try cari durian crepe ini..kalau ade pun yang terima tempahan, nak cari yang sedia ada kene usaha lebih la pulak...meh share2 kat mana nak cari desert yang rupa macam bantal lembut ini...eheh!









Thursday 15 November 2012

Sonotron Theraphy

dalam dua minggu ini kesihatan anak aku x bpe baik..since sebelum raya haji bulan lepas pun nak buat suntikan untuk umur setahun kat klinik pun kena tangguh..dalam tempoh hampir sebulan ini pun anak aku belum boleh untuk buat suntikan sampai la jatuh hari check up syifa semalam pun still kena tangguh sebab my 
little syifa demam..macam ini la kalau dah umur setahun, kalau tak sihat orang tua-tua kata nak ringan kan 

badan mungkin sebab nak pandai jalan ke..buat masa ini, syifa hanya dapat dua tapak je nak berjalan..hopefully, dah sihat nanti my little boleh la berjalan..huhu..berbalik pada tajuk entry,"Sonotron 
Theraphy" memang ada kaitan dengan buat hati pengarang jantung akuni Nur Syifa Humaira..walaupun 
demamnya still on and off, aku dan husbad still worried sebab hampir dua minggu batuk kahak syifa tak 

baik-baik..aku dan husband amik alternatif buat rawatan sonotron theraphy ini untuk cairkan kahak dia kat klinik..klinik keluarga Dr Ghazali dekat Au5 Keramat menjadi pilihan untuk rawatan anak aku tiap kali syifa 
tak sihat dan klinik itu pun menawarkan perkhidmatan sonotron ini..dari klinik itu jugak la aku dan husband mula kenal sonotron. Katanya ia boleh cairkan dan keringkan kahak yang tak habis keluar dari paru-paru pesakit selain mengubati dan mengurangkan pelbagai penyakit stroke, migrain, asthma, sakit sendi dan lain-lain lagiii.

mesin "sonotron theraphy"
macam pistol pulak aku tgk kat pemegang tu..ehehehe!

sebelum ini pun anak aku dah buat beberapa kali untuk buat rawatan ini..tak silap aku, since umur syifa lima bulan penah buat rawatan ini gara-gara batuk kahak ini jugak dan hampir terjebak dengan acute bronchitis. time itu kena buat sonotron sampai 3hari ok..cume tak ada malam je..kalo 3hari 2malam dah macam

menginap kat hotel pulakkan..haha..lately, bila penyakit ini datang balik, aku terus bawak anak aku ke klinik
dan buat sonotron ini..dan nampak gayanya 3hari lagi la berhadapan sonotron ini..dan arini last day buat sonotron..yang bagusnya at 1st and 2nd day syifa was cried but today is the last day, she looks like good girl
no melalak-lalak ok..eheheh..last day jugak baru syifa tak menangis dan nampak berani buat sonotron itu.

pengalaman aku sebelum ini, lepas syifa buat sonotron..alhamdulilah kahak syifa kering dan batuk pun boleh 
hilang walaupun amik masa sikit. Tak kisahlah kan yang penting ada perubahan untuk baik..nak tahu lebih lanjut tentang sonotron klik kat sini http://www.panmedic.com.my/services.php @ http://www.healmesonotron.com/

syifa nangis sampai peluk baba dia kuat-kuat..

::signing off::





Tuesday 13 November 2012

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun


Pada yang tak kenal Hafiz Hamidun, beliau merupakan bekas vokalis kumpulan nasyid UNIC..memang menjadi sebutan di kalangan remaja-remaja yang meminati kumpulan ini dulu. Sekarang ini, beliau sudah

bergerak secara solo melalui beberapa album dan yang terbaru album Zikir Terapi Diri. Buat pengetahuan korang, aku nak sharekan info tentang konsert irama ketuhanan ini bakal di adakan pada 14 November iaitu

jatuh pada tarikh malam tahun baru hijrah. Pada yang kelapangan pakat-pakat la pergi ke konsert ini. Memang tak rugi...alunan zikir-zikir dia pun best.






***
Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
14 November 2012 – 8 Malam.

Friday 9 November 2012

Rumah Baru @ Semenyih Parklands


Setelah mencari banyak-banyak tempat, husband aku dapat mencari rumah di area semenyih november tahun lepas. Ketika itu, aku masih lagi berpantang. So, agak terbatas nak keluar mencari rumah baru ini kan. Kalau nak tunggu aku habis pantang masa itu, alamatnya meningkat lagi la harga rumah..huhu. Selepas buat survey, suami aku pun mintak  pendapat tentang rumah yang di cari tu..akhirnya, aku dan husband membuat keputusan untuk membeli rumah jenis "double storey" 

fasa 1B di Semenyih Parklands. Projek rumah kat situ, ada jenis-jenis fasa dia. Dalam pembinaan sekarang, rumah fasa 1A & B dah mula buat dan bakal memulakan projek rumah untuk fasa 2 pulak. Cepatkan projek ini..rumah akuni di jangka siap Mac 2014. So, dapatlah nak menyimpan duit untuk keperluan rumah baru nanti. Mula-mula nak booking itu, pemaju mintak kami bayar booking fees RM 1,000. Memikirkan nak memiliki sebuah rumah sebagai aset utama dan untuk keselesaan 

keluarga, cepat-cepat kami booking aritu. Matlamat aku dan husband memang nak cari rumah bawah dari RM300K..Alhamdulilah, dapat jugak rumah dengan harga itu. Kalau lebih dari itu, adoiiiii..tidak berkemampuan la pulak. Jenuh nak bayar monthly fees yang tinggi dekat bank untuk berpuluh-puluh tahun. Lagipun bukan senang nak dapat harga rumah bawah RM300k sekarang. Sekarang ini pun harga rumah yang aku beli ini pun dan naik sampai Rm300k+. Syukur jela, ape yang kami dapat ini. Pinjaman rumah pun dah lulus..Alhamdulilah..

Bab nak masuk rumah baru ini nanti, memang perlu banyak duit nak pakai kan, so kenala menabung dari sekarang. Takpela, slow2 nak make-up rumah baru aku ini nanti. Paling penting, kena buat kenduri selamat bila nak masuk rumah baru ini. Semoga Allah melindungi rumah dan keluargaku..ameen..




 Projek rumah berkonsepkan dalam taman

 Rumah contoh

 Rumah type fasa 1B

 Pelan rumah

 Aku & anak sempat bergambar (husband pulak jadi cameraman time tu) eheh

Dah siap nanti,  camnila rupa rumahnya

:: signing off ::

Thursday 8 November 2012

Makan-makan @ Jiran Cafe

Last week, aku ajak husband makan satu tempat western food ni kat "Jiran Cafe@Keramat". Agak unik sikit tempat western ni sebab beroperasi kat corner lot rumah. Tempatnye pun ok..Aku dapat sumber, jiran

cafe ni baru je lagi beroperasi dalam tahun ini. Bagi aku tempatnya okla, makanan & harga pun ok (kire harga jiran-jiran la tuh) ehehe..sebelum ni aku memang pernah try makan kat situ dengan rakan-rakan opis, itu yang rasa nak makan lagi. Jawabnya, ajak la husband dengan anak kami si kecik tu pergi makan kat

tempat tu jugak. Lagipun husband aku pun belum try lagi makan kat situ. Korang nak pergi makan tempat ini, tak susah pun nak cari sebab betul-betul kat tepi jalan keramat AU3/31. Selamat Mencuba makan kat sini...8-)



Jiran Cafe dari luar

pintu masuk utama..local food pun ada kat sini

fish grill

fish grill+fish chip+chocolate blended+mushroom soup+garlic bread

fish chip


slurppp..chocolate blended


**Operating Hour : 5pm-12am (daily)
    Hubungi En. Fazli @ 013-3699436


::signing off::