Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday 29 September 2010

Wedding & Open House @ kL

Salam..

Weekend yang lepas penuh dengan jemputan Open House..tak kurang juga dengan jemputan majlis perkahwinan..dalam satu hari tu je, aku p majlis wedding member time study dulu & 2 buah rumah terbuka..alhamdulilah rezekii murah..kekenyangan betul..makan jela selagi buleh makan..;-)
Cerita wedding member kali ni..terletak dekat area ampang..huhh..jenuh jugak aku & kawan2 lain nak cari rumah pengantin ni..berpusing2 mencari nya..cuma tak lah sampai sesat ..buleh control lagi...ekekek!Al maklumlah, bukan terer sangat pun pasal jalan ni..tau je bawak kereta..bab2 jalan ni memang lemah cikit lagi2 kalau tak biasa..melainkan tempat sendiri & tempat biasa aku pergi je..eheheh!orang kata,pengalaman baru..kalau tak bertanya sesat jalan..dengan bantuan pekerja stesen minyak area situ..alhamdulilah kami pun sampai ke rumah pengantin ni...Ape yang best wedding member akuni adalah...masakan kenduri kahwin dia memang sedap..masak sendiri kan..lagi2 ia di hidangkan dengan masakan kampung..bagus jugak macam tu..kalau tidak, jemu pulak rasa jamu nasi minyak jek..sesekali p wedding ni..makan masakan kampung ni nikmat jugak pe..huhu!

Tahniah Mien & Nabil




Cian kawan aku sorang tu..terpaksa jadi pengapit..sabojela ye..8-)

Sessi bergambar dengan pengantin sebelum pulang..

Selesai dari wedding Mien...sambung lagi makan ke Open House member...nasiblah rumah dia tak jauh dari rumah pengantin..sebab rumah depa ni sebelah taman je..so, tak lah menempuh jalan jam..kalau tidak..jenuh2..huhuhu!






Walaupun dalam kekenyangan..gagahkan lagi untuk ke rumah member yang lain di Taman Melati..tak pergi tak sedap pulakkn..di sebabkan dah kekenyangan sangat..so, aku makan yang mana termampu jela..macam tu jugak la kawan2 aku yang lain...dah tak sanggup nak jamu lebih2..itupun masing2 makan jenis menu yang berlainan..so..dapat la rasa sorang cikit even share..Tqvm pada 2 orang member yang buat open house arini..& juga kepada family Mien..yang melayan kedatangan kami ke majlis kenduri pada aritu..apepun,
Selamat Pengantin Baru Buat Mien & Nabil..moga berbahagia ke akhir hayat..amin.

Sekian..

Signing off::


Friday 24 September 2010

Majlis Raya 2010 @ Opis

Salam...


Wahh...Kekenyangan betul arini..al maklumlah perut ni dah di isi dengan pelbagai juadah majlis raya kat opis tenghari tadi..kenyang sampai ke malam tu...Alhamdulilah...Jom layanz...














    Majlis raya kali ni juga di sertakan dengan majlis perpisahan buat rakan sepejabat aku..Kak eMy..Tiada lagi tempat aku & rakan2 sebagai tempat mengadu, pendapat, gembira & lepaskan kemarahan...ehehehe!Kenangan bersama Kak eMy akan kami abadikan selama-selamanya..lagi2 time nak bekpes & lunch..kami dah kekekurangan ahli..:-(

p/s buat Kak Emy :: nak kahwin jangan lupa jemput..('',)








Signing off ::




Wednesday 22 September 2010

Raya @ 2010

Salam..


       Raya tahun ni buat pertama kali nya aku beraya sebagai isteri..tahun ni juga, giliran aku beraya di rumah suami di Batu Pahat @ Johor..Tak sabar rasanya hati nak menyambut raya time tu..al maklumlah, mood in raya kan. Sehari sebelum last berpuasa aku dan suami dah balik ke kg..atleast bile dh balik time tu, dapat la merasa nikmat bersahur keesokan harinya bersama family mentua..Wah..pengalaman baru beraya di sana, kalau sebelum ni..aku beraya bersama keluarga..pada raya tahun ni aku beraya bersama "family baru" lagi2 bila dapat beraya dengan insan yang bergelar suami..(",). Malam raya sudah tentu aku & family mentua sibuk membuat segala persiapan raya termasuklah menyediakan juadah di pagi raya..Paling selera juadah raya tahun ni adalah masakan mak mentua aku iaitu ayam masak kicappp...walaupun bunyi masakan nya simple tapi nak membuatnya kena betul2 & ada cara nya sendiri..huhu!Time 1st raya aritu banyak habiskan masa di rumah nenek husband, melayan saudara mara terdekat datang beraya di rumah & beraya rumah akak ipar yang tak jauh daripada rumah mentua. Raya punya raya...hari raya ke-2 baru la aku, suami & family mentua berkesempatan beraya di rumah saudara mara husband aku di sana..kenyang betul perut time tu..sampai la ke hari raya ke-6 aku dan suami pulang ke kL..


      Keesokan paginya, kami bertolak ke kampung mak aku untuk beraya di Sungai Besar @ Selangor...malamnya beraya di rumah makcik aku di sana. Raya ke-8, aku, suami & family aku bertolak dr kg mak ke kg ayah aku di Bota Kanan @ Perak then ke Bandar Seri Iskandar terus sebab opah aku stay kat rumah Wan Chik (rumah adik ayah aku)..kebetulan tahun ni, kesihatan opah tak mengizinkan jadi opah di jaga makcik aku ni & keluarganya..so kami pun bermalam la di sana..Berkonvoi 2 buah  kereta...Senang cerita raya tahun ni je beraya 3 buah negeri..Johor-Selangor-Perak..kalau nak di bandingkan tahun lepas beraya di Perak-Selangor yang menjadi tradisi tiap kali balik beraya dr KL..Sepanjang dalam perjalanan alhamdulilah lancar..lepas je dr pekan Bagan Datoh @ Perak..husband aku tegur kapal yang ada kat tepi jalan raya ni..aku pun terus mengalihkan pandangan ke cermin kereta belah kiri...Sekali tengok memang kapal besar pun..memang menarik perhatian sesiapa yang lalu jalan ke situ..

Perjalanan dari Sungai Besar @ Selangor ke Bota Kanan@ Perak
    
inilah kapal yang di maksudkan tu >>Kapal Nautika Maharani <


          Dari Sungai Besar ke Teluk Intan..kami beraya di rumah Pakcik (Pak Itam) aku..Huhh..Mak Tam masak laksa johor lagiiii..sedappp...sampai adik2 aku menambah2 lagi laksa tu. Selepas selesai, singgah ke Pekan Teluk Intan sebab nak melawat Menara Condong jap..Saja2 jalan...huhu!Ramai juga pengunjung yang datang ke sana even masih dalam mood raya ni..orang ramai pun tak melepaskan peluang untuk berjalan ke sana lagi-lagi tempat bersejarah macam tu..Aku pun lama jugak tak p pekan Teluk Intan..kalau p pun, if ada tujuan je sebab kalau balik kg opah aku tu, jalan nya tak sehala dengan pekan ni..So, ade peluang tahun ni..p lagi Pekan Teluk Intan.8-)


Dari Sungai Besar--->Teluk Intan
              
Menuju ke Menara Condong

Menara Condong Teluk Intan @ Perak



aKu & family


aku & suami tersayang


         Selesai berjalan...kami pun bertolak balik ke Bota..sebab opah dah tak sabar menunggu kepulangan kami sekeluarga..siap telefon ayah lagi..nape kome tak sampai2 lagi..rupa2nya kami dah pergi tempat yang tak terancang tadi..so, tu yang tak sampai2 lagi...minta ampun ye opah..huhuhu! Sepanjang perjalanan..best nya tengok sawah2 padi yang menghijau...terubat rindu tengok sawah2 ni...bukan senang nak tgk kan lagi2 kalau dah ade kt kL...eheheh!







    Akhirnya, selepas 2 jam dalam perjalanan dr kg mak aku..Alhamdulilah lepas solat zohor kami pun sampai tempat yang di tuju...senyum je opah ye bila kami dah sampai..eheheh! Tiba malam nya pula, bila dah berkumpul dengan adik beradik ayah..kami pun buat la aktiviti masak memasak ni..simple2 je pun..buat steamboat & makan2 bergoreng..nugget+hotdog kire tersenarai la tu..di tambah lagi dengan koktail buah & sambal pedas..pehh..layan abis makan time tu...memang kekenyangan betul..huhu! 



merebus makanan2 laut & menggoreng nugget+hotdog


Koktail Buah Nenas

Hampir2 licin aku makan..8-)


sepupu kecik ku Zaim & anak sedara 




signing off ::































Monday 13 September 2010

Iftar @ 2010


Salam...

Entry kali nie..nak cerita iftar sebelum bercuti raya aritu..memang happening..al maklumlah kalau dah dapat berbuka kat luar, pasti enjoy jek lagi2 bab makan ni. Mentor pada aritu salah seorang opismate aku yang bernama "Cik Waheeda"...kalau tak ada die ni memang kami2 ni kelaparan..dia la pembuka majlis iftar kami..eheheheehe!!Berterima kasih juga le pada nya..paling penting thanks pada "Cik Emy" yang berjaya memilih lokasi iftar kami dengan jayanya...memang sedap makan kat situ. Aku bagi 5star makan kan sini..sebab tomyam die sedapppppppp..huhuhuhu!Jom layanzzz.........

Cik Waheeda yang mengetuai bacaan doa berbuka pose..8-)
Jom makan....tomyam tu paling best sekaliii...huhu!

Sedaaaaaapppppp..

Nyummm......

Signing off::