Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday 22 November 2009

Persiapan Kahwin Part 2

Salam

A few days ago..my fiance come in @ KL...i'm really happy when i heard that..huhu..at the same time, we have a lots things to settle around here..1st thing, aku dengan dia shopping  untuk preparation perkahwinan kami tahun depan..actually, 2 benda je yang nak di cari iaitu kain pasang (nikah) dengan seutas gelang sebagai hantaran daripada bakal suami aku nanti..;-) Lagipun,  barang2 hantaran yang lain sudah selesai di beli sebelum tu..so senang cikit keja kami time tu..huhu!Kami perlu buat preparation cikit2 dari sekarang so that senang di kemudian hari nanti. Keduanya, kami pergi berurusan dengan kak nur (owner butik pengantin) dan photographer kami untuk discuss tentang preparation kami next year. Ketiganya, kami balik kampung (my fiance) kat Batu Pahat, Johor untuk urusan kahwin jugak. Macam nila..kerja kahwin, bukan sekali benda je nak di fikirkan..banyak benda nak di buat. Alhamdulilah..segala2 nya dapat di buat dengan teratur mengikut ape yang aku listkan sebelum tu. Kalau sebelum tu, aku dah ada buat preparation cikit-cikit termasuklah membeli barang-barang hantaran..kebetulan ada sales kt Sogo & Jaya Jusco aritu..aku pun berkesempatan  untuk amik peluang yang ada untuk shopping barang-barang hantaran..bestnya..sebab dapat barang-barang yang di beli atas pilihan aku sendiri & persetujuan kami berdua..lgpun tunang aku jenis tak kisah..yang mana baik untuk kami..bagi die okay je..bestkan???huhuhu..

Sebelum pergi mencari kain pasang, kami singgah ke kedai emas untuk membeli gelang..alhamdulilah rezeki aku dan tunang ku time tu, kedai emas tu ada buat promotion untuk harga emas bagi customer yang ada VIP Gold Card..nasiblah aku ada kad VIP tu so dapatlah harga emas yang murah dari harga emas sekarang. Dalam tempoh seminggu je promosi bagi ahli VIP Card tu..dengan ada kad tu jimat cikit untuk membeli nya, aku bersyukur sangat2.Lagipun..harga emas sekarang bukan murah nilai nya kalau nak di bandingkan dengan harga emas sebelum ni..Sepanjang kami mencari kain pasang untuk nikah nanti @ Jalan Masjid India..kami berkenan dengan 1 kedai tekstil kain yang terkenal dengan panggilan Jakel Masjid India.Lalu..kami pun masuk ke kedai tersebut dan banyak kain serta warna-warna menarik..akhirnya kami decide untuk membeli kain pasang atas pilihan kami berdua iaitu kain satin+lace..dengan warna pilihan aku sendiri grey colour..Walaupun kepenatan masa tu, kepuasan tu ada..dengan harga emas yang kami dapat berpatutan serta diskaun pada harga kain & kualiti memuaskan...usaha tu tidak sia-sia untuk mencari barang-barang ni dalam peringkat awal. So, hanya tinggal barang-barang yang kecil-kecil je untuk kami sempurnkan masa pernikahan & perkahwinan aku nanti seperti kek, coklat, manisan dan sirih junjung. Untuk barang-barang hantaran sahaja dah 85% kami selesaikan. Kalau nak beli semua barang-barang hantaran hari tu, rasanya masa amat mencemburui aku dan tunang aku..Jadi, dari peringkat awal la aku dah bergerak untuk membeli barang sikit demi sedikit..so that menjimat kan lagi masa. Alhamdulilah..everthing goes well & terima kasih juga buat tunang tersayang yang memahami diri ni dalam membantu  mempersiapkan segala urusan perkahwinan kami..All thanks to Allah to helping us 4 everything properly..;-)..okay..rasa nya cukup sampai sini dulu..later on aku sambung lagi cerita dalam wedding part yang seterusnya...


            
signing off ::syaQira

Semakan ::

  • Kain Pasang L/P Satin+Lace (Grey Colour) = Pilihan tekstil dari Gedung Jakel @ Masjid India

              

Tuesday 3 November 2009

Jalan-Jalan Melaka...30/10-1/11/09


Kalau bercerita pasal jalan-jalan ni memang best di layan..huhu..Sabtu yang lepas, aku dengan opismate aku ke Melaka..Destinasi utama yang kami pergi ke Pengkalan Balak..Perjalanan dari Kuala Lumpur-Melaka yang mengambil masa dalam 2 Jam (tak silap akula) ternyata "happening" dengan berkonvoi 3 buah kereta (termasuk kete comeiiii kuu) huhu! Setibanya kami ke destinasi yang di tuju, kami pun p check in dekat Seraya Pantai Chalet di situ.Yang mana datang berkeluarga ikut keluarga la ye so amik bilik masing-masing...yang berstatus tunang, single & yang sudah available tu 1 bilik sekali..hehehe! Fuhh..bile dah dapat katil dengan econ nye lagiii..rasanya tak nak tinggalkan bilik tu..nak tito je dulu.. huhu!

Dinner untuk malam itu kami pergi ke Umbai..Kalau bercakap pasal Umbai memang terkenal dengan Restoran Terapung Ikan Bakar kat sana..ternyata dinner kami pada malam tu memang cukup meriah dengan pelbagai jenis lauk yang kami order..hehe! Memang syokk abis la makan kat sana..tak rugi..kalau ada rezeki nak je p lagiiii...huhuhu! Bila perut dah kenyang, mula la untuk mengambil sessi bergamba sebelum balik dari Umbai...atleast boleh la di buat kenangan2 dari sana.......Untuk keesokan harinya, kami pun bangun awal untuk bersiap & berkemas untuk check out dari chalet. Selesai sudah, kami picnic di tepi pantai untuk membuat breakfast+BBQ...best betul kalau dah berkelah di tepi pantaiiii.......Sambil itu, aku dengan opismate amik peluang untuk bermandi manda kat pantai..bukan senang kan kalo nak p pantai selalu..time nie la kami kerjakan..hehehehe!! Dah puas mandi manda, ternyata muka kami pun burn..ni gara-gara kalo dah dapat berjemur..macam nila jadinya..apepun, memang enjoyyyy abis..Seterusnya...selepas selesai berkemas untuk meninggalkan Pengkalan Balak...final distination yang kami tuju ke Bandar Hilir Melaka....Di sini kami banyak menghabiskan untuk bergambar di tempat-tempat bersejarah & shopping..huhu! After solat magrib..baru kami bertolak untuk balik ke KL....Alhamdulilah...perjalananan balik kami berjalan dengan lancar..mudah-mudahan lepas ni kalau ada rezeki datang lagi ke Melakaaaaaaa........;-)
===end===

signing off ::syaqira::                                                                        
          
Konvoi



Tempat penginapan kami


Seraya Pantai Chalet


Dinner @ Umbai


Kenangan @ Pengkalan Balak


Jalan-Jalan Bandar


Special Pose..ehehehe!

Sunday 11 October 2009

Genap Setahun Pertunangan..11/10/2009



Salam...

Alhamdulilah..arini genap setahun ulang tahun pertunangan aku & dia...Hendak di imbas kembali, detik-detik perkenalan kami sehinggalah ke alam pertunangan panjang cerita nya sampai aku tidak terungkap di sini..Cukuplah antara aku & dia..alhamdulilah dalam usia perkenalan kami sejak October 2003 (kalo aku x silap) hubungan kami masih utuh even pelbagai ujian yg kami lalui...Allah maha Mengetahui apa yang di kehendaki Nya...alhamdulilah inilah jalan yang kami pilih setahun yang lalu untuk bertunang. Sedar tak sedar, hubungan kami dah pun menjangkau 6 tahun...(proses perkenalan+pertunangan)..kalo org lain dengar, memang jangka masa yang amat panjang..Kadang2 aku terpikir, dalam tempoh 6 tahun..di tolak ngn 2 tahun perkenalan, 4 tahun aku dah berkahwin...wahhh..advance tu..tp bukan mudah untuk kita membuat keputusan dalam waktu terdekat lagi2 melibatkan masa depan. Banyak perkara yang harus kami fikirkan demi komitmen pada pelajaran, keluarga, kerjaya & matlamat kami ke arah rumahtangga..bukan mudah untuk di lalui..senang cite, pelan2 kayuh...huhu..!

Bercerita pula tentang persiapan pertunangan aku setahun yang lalu, segala persiapan hantaran, baju tunang, tudung, veil, catering & lain2..semuanya dapat di selesaikan dalam masa yang di tetapkan walaupun majlis pertunangan jatuh bulan syawal..ia tidak membataskan aku & family untuk membuat preparation. Dengan perancangan awal, alhamdulilah majlis pertunangan aku dapat berjalan dengan lancar. Di sini juga, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga, saudara mara & pihak rombongan daripada pihak laki kerana menjayakan majlis ini...mudah2an majlis perkahwinan yang akan di adakan pada bulan Mei 2010 nanti (tarikh blm d tetapkan) berjalan dengan lancar & di berkatiNya..amin....

Buat tunang ku tersayang Muhamad Zaid...Selamat Ulang Tahun Pertunangan Kita...moga ape yang kita hajatkan mudah2an tercapai..amin ya rabbal alamin...

signing off ::syaqira::

Gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Ku 
pada 11 October 2008 bersamaan 11 Syawal 1429H



Hantaran Ku..Buat Si Dia


Cincin merisik+tunang..


Aku...


wif my fiance..after majlis

Friday 9 October 2009

Tempahan Dewan Kahwin @ MPAJ

Hari ni aku dah mula buat tempahan dewan di AU5 Keramat untuk Majlis Perkahwinan aku pada bulan Mei tahun hadapan. Untuk pengetahuan semua, dewan ni under MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) jadi segala urusan perlu di buat di MPAJ..Walaupun ada masa 7 bulan lagi, bagi aku tempoh masa yang ada bukan tempoh yang panjang. Dari sekarang aku dah mula bergerak untuk mempersiapkan segala urusan perkahwinan aku nanti..Tengahari tadi, selamat sudah segala tempahan dewan yang di buat..Masa rehat  yang aku gunakan di opis arini aku pergi ke MPAJ booking dewan yang aku & family cadangkan. Alhamdulilah..semua berjalan lancar..dengan bayaran cagaran pun aku dah selesaikan masa tu juga..Lega rasanya, kalo dah submit form booking dengan bayaran deposit, selesai satu perkara..atleast, aku dah dapat tempat untuk di adakan majlis perkahwinan aku nanti. Kadang-kadang aku terpikir jugak, kalau lah tempahan dewan tu penuh..susah jugak aku dengan family nak pikirkan sebab aku rasa dewan ni amat sesuai di adakan majlis aku nanti lebih-lebih lagi ia berdekatan dengan kawasan rumah aku. So, lebih memudahkan lagi urusan perkahwinan aku kelak...insyaAllah...amin...


Semakan : 

  • Tempahan Tempat ::Dewan Serbaguna AU5 Lembah Keramat
  • Tarikh :: 22 Mei 2010
  • Masa :: 9.30 pagi-5 petang 
Signing off :: syaQira

Tuesday 29 September 2009

Raya 2009..

Salam

Bestnya kalau dah dapat balik raya di kampung...bila balik kampung sudah pastinya macam-macam aktiviti yang di buat termasuklah memasak dan mengemas umah opah...huhu..!Raya tahun ni persiapan sederhana sahaja.. Sehari sebelum raya, kami sekeluarga termasuk lah aku & sepupu2 bertungkus lumus untuk memasak & mempersiapkan segala persiapan untuk raya...Paling penting kerjasama amat di perlukan kalau dah berkumpul dengan sanak saudara di kampung..Malam raya pula, normally kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk bersembang di hall sambil rest...time ni la dapat bertanya khabar lebih sambil berlawak jenaka & mengimbas kenangan-kenangan lama..hehe..!Kalau dah sekali balik, memang meriah di rumah opah ni....al maklumlah dengan cucu-cucu opahnya..cicit-cicitnya sekali...kedengaran suara budak-budak kecil yang keriangan kalau dah berada di kampung..huhuhu...Keesokan harinya..kami bangkit awai untuk solat hari raya..selepas solat raya..bersalaman seisi keluarga & bergamba..pastinya kenangan raya tahun ni amat bermakna buat kami sekeluarga...alhamdulilah..nikmat rasanya bila dapat menikmati pelbagai juadah di sediakan seperti ketupat, rendang ayam+daging, lemang, kuih-raya dll..memang layan abis..ehehehe!!Hari raya ke-2 pula..pagi2 lagi kami sekeluarga buat planning untuk buat BBQ..asalnya nak buat malam raya ke-2 di sebabkan ujan so tangguh kan hasrat malam tu..apepun, memang enjoy abis..mana taknya kalau dah dapat buat BBQ..makan jele...apelagi kan..hehe...yang paling best keje aku dengan cousin2 perempuan makan jek sebab cousin2 laki dah banyak membantu dalam menjayakan aktiviti BBQ tu..kira okla kan sebab time mengemas nanti turn aku dengan cousin2 perempuan plk..fair la tu kan..ok la ea..sampi sini dulu dapat aku coretkan..apepun tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...~out~

signing off ::syaQira


Kampung ku..Bota Kanan, Perak
Bergamba raya bersama cousins
Suasana raya..cutenye opah bertudung biru tuh..huhu!
Riuhnya deme2 nih..ekek!
BBQ..
Nyum-nyum
 Aktiviti di pagi hariiii..ehehe!




Friday 18 September 2009

Kerja Oh Kerja

Salam...

Kerja oh kerja...Penatnya rasa..balik lambat arini..siapkan kerja-kerja akaun yg tak abis2...huhu..arini aku balik keje kul 8pm..fuhhh..penattttt + tensionnn pun ade jugak lg2 la kalo akaun yg kita buat tak balance...adoiiiiiiii...sabojela..dah gali pun, still answer yg sama...xpe2..usaha tangga kejayaan...akhirnya dapat juga aku solve kan problem akaun tu..Sebelum sampai rumah sempat aku reward diri aku sendiri..p beli McD+aiskrim sundae coklat...(drive thru) best2..terubat rasa nya diri bila dah lama tak makan Mcd...huhu! sesekali dapat reward diri sendiri ade baik nya..hilang tension..hehe!!..ok la erk..sampai sini jek dulu...dengan harapan, esok keja tak nak tension2..eheheh!!ok...nak masuk tidoo dulu...

signing off :: syaQira

Saturday 5 September 2009

Kenangan Dulu....


Salam..

Mula2 menjejaki alam kampus...wujudnya perkenalan aku ngn rakan2 yg asal usulnya pelbagai negeri..Kejadian pertama, semasa aku mendaftar sebagai pelajar ...rakan  yg aku jumpa dulu adalah AYU (nama singkatan)..kenal punya kenal..rupa2nya die 1 bilik ngn aku..alhamdulilah..aku jumpe rakan sebilik ngn aku..pastu baru la aku terjumpa DAYAH, ANA, SABRINA, LIZA yg kini sahabat2 aku semua..hehe..!!even msg2 dah ade komitmen bekerja, kami still berhubung..berjumpa..even kalo nk wt gathering tu kena planning dulu..br la menjadi..kdg2 ade gak yg x jadi..ehehehhe!!biasela, ade masalah yg x dpt di elakkn...aku rs hepy sgt2 kwn ngn depa semua nie...dh mcm adik beradikkk...yg plg penting aku tak lupa masakan mak ko ANA (burung puyuh masak lemak..sodappppp lg2 ko bwk time blik hostel..)..<<sanggup tuh kami tak p kafe tasik gara2 tggu lauk pauk mak tu Ana..apepun, thanx ea ANA...syg koo..mmuahhh!

Dulu kalo duduk satu bilik depa2 nie, mmg happening di buatnya...kalo gelak ketawa tu smpi ke 1-2 pg pun adala..hehe!padahal kuliah msg2 ade tu sok arinye..mana tak nya, bersembang, melayan makan..sampai tak jemu la kami duduk 1 bilik tuh..byk sgt memoriiiiii....ekekek..!apepun, study kami still running okayyy.....ingat pesanan mak ayah kami mula2 nak masuk dulu..so..Study tak di lupakan...org kata "Study Smart"..huhuhu...

Ok la rsnya, ni jea yg dpt aku karangkan..kalo nk elaborate story aku ngn best2 friends aku ni mmg tak abis...tak jadi kerja aku di buat nya nanti....ehehe!!lain masa...aku story lagik ok...

Friendship 4ever>>>SyaQira, Ayu, Dayah, Ana, Sabrina, Liza 


Wassalam........

Ukhuwah Yang Terjalin 



       From right:: mE, daYah, aNa, aYu, LiZa..(pic sabrina  tiada dalam gambar---coz kt trgganu)



Thursday 20 August 2009

Pilihan Butik Pengantin

Salam..


Bercerita lagi pameran wedding baru-baru ni @ Setiawangsa...ada 1 booth butik pengantin tu yang di kenali D'Ratu Bridal House..aku agak tertarik dengan baju-baju sanding pengantin di situ..Sesudah aku bertanya & di beri maklumat tentang pakej-pakej yang di tawarkan..pada asalnya, aku tak booking lagi kat butik tu sebab aku rasa aku nak survey je dulu..aku pun amik la pamphlet & bussiness card sebagai panduan untuk aku jika aku confirm buat pilihan butik itu..(dalam hati berminat tuhh..cume belum di bukakn pintu hati je nak book time tu..huhuhu!) Finally, lepas aku berfikir panjang sambil search laman web D'Ratu Bridal House untuk mendapatkan lagi maklumat...Aku pun buat appoinment dengan kak nur pagi semalam,  untuk membuat lawatan ke butik kak nur petang tu jugak..huhu..Sesudah sampai di sana, kagum dengan hasil2 jahitan manik kak nur pada baju-baju sanding & nikah..bukan itu juga dengan hasil kreatif untuk membuat pelamin yang eksklusif membuatkan aku minat untuk booking kak nur sebagai tunggak utama untuk merealisasi kan impian aku & bakal suami di majlis perkahwinan aku nanti..Walaupun butik kak nur hanya buat di rumah, aku rasa appreciate dengan usaha kak nur untuk expands kan lagi bisnes yang die ada ni..Sekurang2nya kak nur dah ada customer sendiri..tak salah kalau bermula bisnes ni dari rumah..Apepun, Thanks a lots kat kak nur (owner butik nie) & Suaminya sebab berikan maklumat yang jelas & tepat berkenaan perkhidmatan yang di tawarkan...So, pasni just make appointment with kak nur jela untuk preparation wedding aku tahun depan....;-)

Semakan yang selesai di buat untuk di sempurnakan majlis perkahwinan aku tahun depan :


 1) Butik Perkahwinan :: D'Ratu Bridal House @ Pinggiran  Batu Caves, S'gor


     Pakej Dewan :  1) Pelamin 3 Panel
                               2) Baju Sanding L/P + Aksesori Pengantin
                               3) Make up Artis 2x (Nikah+Sanding)
                               4) Bilik Pengantin
                               5) Karpet Merah+Hiasan
                               6) Arch Flower
                               7) Kos Upah Buat Baju Nikah
                                
                              FOC :: Bunga Tangan & Banner Pengantin

Wednesday 12 August 2009

Pameran Wedding Ku @ Dewan Centrum, Setiawangsa..13-15 Ogos 2009..








Salam...


Pameran wedding muncul lagiiii...!!kali ni, di adakan di Dewan Centrum, Setiawangsa...3hari pameran tu, bermula 13-15 Ogos...huhu!anybody else who not joined exbition wedding @ midvalley mmgu lps...boleh la join pameran kali ni..tak rugi yea kawan2 (bagi yang sibuk buat preparation wedding) ke sana atleast boleh la buat comparison dari segi price & services. Memandangkan pameran wedding ni tak la jauh mana dari rumah aku..rugi rasanya kalau aku tak p..Manalah tau, pameran wedding yang ni aku dapat butik perkahwinan yang aku idamkan nanti..huhu!apepun, usaha..tu paling penting. Kalau tak usaha mana nak dapat ganjaran nya..ehehehhe!!


Esok, after working hours aku nak p pameran ni..Hopefully, dapatlah menambahkan info tentang preparation wedding aku ni nanti..insyaAllah..;-b

Signing off : syaqira:

Saturday 8 August 2009

Hasil Tinjauan Perkahwinan

Salam..

Bertemu kembali....

Hari ni, nak cerita sikit tentang hasil tinjauan aku ngn ayu (my best friend) kat Wedding Exbition @ Midvalley semalam..Fuhhhh..ramainya org kat sana..& ramai juga booth yang join kat sana. Sampai jea after entrance..terus je ke booth Art is Art Wedding Card..agak menarik jenis-jenis wedding card yang di pamerkan, pelbagai saiz & bentuk ada lagi-lagi mengikut kesesuaian warna dan tema. Untuk pengetahuan semua, harga pameran agak murah cikit berbanding pergi ke kedai nya sendiri so dapatlah berjimat sedikit dan tidak perlu membazir...Ada 1 jenis kad tu comei jea..minat pulak dan kena dengan harganya..dan2 pastu aku pun buat tempahan untuk wedding card tu..selesai kan 1 part..huhu!!Survey punye survey, aku tertarik dengan satu booth ni yang di beri nama Sri Angsana Catering..di mana booth ni menyediakan catering services untuk majlis perkahwinan.Siap boleh rasa lagi lauk pauk kenduri kahwin yang di hidangkan..1st time try..rasa nak try lagi..memang sedap sangat..After bersoal selidik tentang pakej yang di tawarkan, aku mula berminat untuk amik sebagai caterer dan pada masa yang sama aku pun buat booking. Lagi satu kelebihan aku booking caterer ini ade keistimewaan nya sebab ada penambahan yang di beri yang tidak termasuk dalam harga pakej tu..Untung betul..alhamdulilah rezeki..Tapi sebelum itu, aku dah buat survey dan aku rasa Sri Angsana Caterer paling sesuai untuk aku jadikan sebagai penyumbang majlis aku nanti. So, part makan & minum untuk kenduri kahwin dah selesai. Hampir setengah jam dekat booth Sri Angsana Caterer..aku dengan ayu meneruskan misi yang lain pula<<

Tinjau punya tinjau dekat pameran tu, aku berminat untuk ke booth MyCutemoment Photography..pakej yang di tawarkan boleh tahan..nak compare dengan booth2 photography yang join kat situ..MyCutemoment lagi better than others especially dari segi penghasilan gambar-gambar yang menarik. Lagi-lagi dengan harga pakej yang di tawarkan cukup menarik dengan di beri pelbagai kelebihan dalam pakej tu...Dengan berfikir panjang, aku pun booking untuk photographer yang akan beri khidmat pada majlis nikah & sanding aku nanti. Hopefully, ia berbaloi..huhu!2nd part pun dah selesai...;-)...After 3 perkara dah selesai..aku dengan ayu teruskan lagi perjalanan kami di situuu..sambil berjalan amik jea pamphlet yang di beri oleh exbihitior2..atleast boleh buat references balik rumah nanti..Kalau nak jengah semua booth2 yang ada sampi ke malam pun tak abis so p singgah yang mana perlu..huhu! So, pakej perkahwinan untuk baju sanding+pelamin+bilik pengantin+make up+kos upah baju nikah belum lg dapat..Maybe bukan pilihan aku bukan di booth sini..apepun, usaha lagi dan lagi...tak rugi sebenarnya kalau dah buat perancangan dari awal..


Walaupun org lain dengar nampak rumit..kita yang alami nya kena lah pandai-pandai manage kan masa & pilihan yang di buat. Mudah2an usaha seterusnya nya nanti akan berhasil lagi seperti 3 perkara yang dapat aku laksanakan hari ini...Almost 4 hours more we around there..aku dengan ayu decide untuk pulang..tapi before leaving at the place..sempat lagi bergambar tuh..kami kalo dah datang perangai nya nak bergamba, di mana-mana pun layan..hehehe...!Ok..rasanya sampi sini dulu dapat aku update..next time jumpa cerita yang lain pula..daaaaaa...
  • Semakan yang sudah selesai di buat untuk di sempurnakan pada Majlis Perkahwinan aku tahun depan:
        1) Catering :: Sri Angsana Caterer (Sajian Istimewa Johor) 
                              @ Ampang, S'gor
       2) Wedding Card:: Art is Art @ Jalan Pudu, kL
      3) Photographer :: MyCutemoment Photography @ Cheras, kL

Signing off ::syaqira::




Friday 7 August 2009

Persiapan Kahwin Part 1

Salam...

Baru-baru ni ada Member Sales J-Card @ Jaya Jusco AU2 Keramat...ramai yang amik peluang shopping time tu sebab barang2 yang berjenama dapat less 10% sehingga 70%..Mula2 dapat mesej daripada pihak JJ aritu, aku pun terpikir untuk membeli barang-barang hantaran. Atleast aku dah save kt situ...aku pun discuss dengan tunang aku tentang hasrat aku tu..tunang aku pun berpendapat ok..asalkan ia mendatangkan advantage pada kami. Aku pun pergi ke JJ untuk shopping barang2 hantaran termasuk beli handbag, kasut aku & tunang & kemeja. Memang murah daripada normal price. Nak ke JJ aritu pun ada juga kereta terpaksa park kat luar JJ..punya lah ramai yang datang. Alhamdulilah aku dapat park kereta kat dalam kalau tidak jenuh jugak nak berjalan dari luar ke JJ..huhu..Selesai sudah membeli barang2 hantaran tu, rasa berpuas hati sebab total expenses aku kurang daripada ape yang aku targetkan dalam list perbelanjaan barang2 hantaran sebelum ni. Memang jimat...Kalau tidak ada sales ni, bebanan jugak lah bagi bakal2 pengantin yang nak beli barang hantaran.So, tinggal lagi nak beli perfume dengan tambahan barang hantaran je yang perlu beli lagi..apepun, aku dah mula buat sedikit demi sedkit wedding preparation dari sekarang..hopefully, perjalanan lepas ni lebih di permudahkan lagi..amin...8-)

signing off :: syaQira


Pameran Perkahwinan...7-9 Ogos 2009..







                                                         

Salam...





By tommorow, i need to find out something la..especially for wedding information..kebetulan esok ada wedding exbition @ Midvalley. Atleast,  i can get a lots some of information from there.. huhu!!Plan punye plan..esok confirm p sna with my best friend 'aYu'..at the same time, ayu pun ada nk cari info wedding untuk adik die yang bakal berkahwin bulan Nov ni...Sekarang ni pun dah nk masuk middle of this month so tinggal 8 bulan je lg aku nk berkahwin...sekejap jea masa berlalu..pastinya masa yang ada ni aku dah mula berfikir untuk membuat 'observation' for my preparation wedding by next year. 





Untuk permulaan ini..esok aku akan buat survey je dulu so that...aku boleh decide which one pakej2 perkahwinan yang akan aku ambil nanti..termasuklah pakej wedding, fotographer, catering, wedding card & lain-lain. If ada pilihan yang ada dalam list aku ini..aku tidak teragak2 amik pakej yang ada time exbition esok..atleast aku dah booking dulu..then dapat pakej dengan harga yang murah sedikit kalau nak di bandingkan dengan normal price.Paling penting, biar pilihan aku itu kena dengan "bajet & services" yang di offer memuaskan...;-) ok la erk..esok sambung cerita lagi..<<


   


p/s :: Anyway, dont't forget come & join Wedding Exbition @ Midvalley..a lots of exhibitor will come!!


  


signing off :: syaQira



Wednesday 1 July 2009

~~ Mawwaddah ~~ Sayangi Tuhan ~~

Ingati Daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Di waktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan

Ingati Daku
Zahir dan batin ku dengan keislaman
Jangan pula aurat ku di dedahkan
Semakin singkat, tipis dan di jarangkan

Ingati Daku
Hakikatnya dirini milik Yang Maha Kuasa
Di serahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-segalanya

Ingati Daku
Untuk menjadi seorang sahabat yang baik 
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan

Ingati Daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan


signing off:: syaQira