Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday 22 September 2010

Raya @ 2010

Salam..


       Raya tahun ni buat pertama kali nya aku beraya sebagai isteri..tahun ni juga, giliran aku beraya di rumah suami di Batu Pahat @ Johor..Tak sabar rasanya hati nak menyambut raya time tu..al maklumlah, mood in raya kan. Sehari sebelum last berpuasa aku dan suami dah balik ke kg..atleast bile dh balik time tu, dapat la merasa nikmat bersahur keesokan harinya bersama family mentua..Wah..pengalaman baru beraya di sana, kalau sebelum ni..aku beraya bersama keluarga..pada raya tahun ni aku beraya bersama "family baru" lagi2 bila dapat beraya dengan insan yang bergelar suami..(",). Malam raya sudah tentu aku & family mentua sibuk membuat segala persiapan raya termasuklah menyediakan juadah di pagi raya..Paling selera juadah raya tahun ni adalah masakan mak mentua aku iaitu ayam masak kicappp...walaupun bunyi masakan nya simple tapi nak membuatnya kena betul2 & ada cara nya sendiri..huhu!Time 1st raya aritu banyak habiskan masa di rumah nenek husband, melayan saudara mara terdekat datang beraya di rumah & beraya rumah akak ipar yang tak jauh daripada rumah mentua. Raya punya raya...hari raya ke-2 baru la aku, suami & family mentua berkesempatan beraya di rumah saudara mara husband aku di sana..kenyang betul perut time tu..sampai la ke hari raya ke-6 aku dan suami pulang ke kL..


      Keesokan paginya, kami bertolak ke kampung mak aku untuk beraya di Sungai Besar @ Selangor...malamnya beraya di rumah makcik aku di sana. Raya ke-8, aku, suami & family aku bertolak dr kg mak ke kg ayah aku di Bota Kanan @ Perak then ke Bandar Seri Iskandar terus sebab opah aku stay kat rumah Wan Chik (rumah adik ayah aku)..kebetulan tahun ni, kesihatan opah tak mengizinkan jadi opah di jaga makcik aku ni & keluarganya..so kami pun bermalam la di sana..Berkonvoi 2 buah  kereta...Senang cerita raya tahun ni je beraya 3 buah negeri..Johor-Selangor-Perak..kalau nak di bandingkan tahun lepas beraya di Perak-Selangor yang menjadi tradisi tiap kali balik beraya dr KL..Sepanjang dalam perjalanan alhamdulilah lancar..lepas je dr pekan Bagan Datoh @ Perak..husband aku tegur kapal yang ada kat tepi jalan raya ni..aku pun terus mengalihkan pandangan ke cermin kereta belah kiri...Sekali tengok memang kapal besar pun..memang menarik perhatian sesiapa yang lalu jalan ke situ..

Perjalanan dari Sungai Besar @ Selangor ke Bota Kanan@ Perak
    
inilah kapal yang di maksudkan tu >>Kapal Nautika Maharani <


          Dari Sungai Besar ke Teluk Intan..kami beraya di rumah Pakcik (Pak Itam) aku..Huhh..Mak Tam masak laksa johor lagiiii..sedappp...sampai adik2 aku menambah2 lagi laksa tu. Selepas selesai, singgah ke Pekan Teluk Intan sebab nak melawat Menara Condong jap..Saja2 jalan...huhu!Ramai juga pengunjung yang datang ke sana even masih dalam mood raya ni..orang ramai pun tak melepaskan peluang untuk berjalan ke sana lagi-lagi tempat bersejarah macam tu..Aku pun lama jugak tak p pekan Teluk Intan..kalau p pun, if ada tujuan je sebab kalau balik kg opah aku tu, jalan nya tak sehala dengan pekan ni..So, ade peluang tahun ni..p lagi Pekan Teluk Intan.8-)


Dari Sungai Besar--->Teluk Intan
              
Menuju ke Menara Condong

Menara Condong Teluk Intan @ Perak



aKu & family


aku & suami tersayang


         Selesai berjalan...kami pun bertolak balik ke Bota..sebab opah dah tak sabar menunggu kepulangan kami sekeluarga..siap telefon ayah lagi..nape kome tak sampai2 lagi..rupa2nya kami dah pergi tempat yang tak terancang tadi..so, tu yang tak sampai2 lagi...minta ampun ye opah..huhuhu! Sepanjang perjalanan..best nya tengok sawah2 padi yang menghijau...terubat rindu tengok sawah2 ni...bukan senang nak tgk kan lagi2 kalau dah ade kt kL...eheheh!







    Akhirnya, selepas 2 jam dalam perjalanan dr kg mak aku..Alhamdulilah lepas solat zohor kami pun sampai tempat yang di tuju...senyum je opah ye bila kami dah sampai..eheheh! Tiba malam nya pula, bila dah berkumpul dengan adik beradik ayah..kami pun buat la aktiviti masak memasak ni..simple2 je pun..buat steamboat & makan2 bergoreng..nugget+hotdog kire tersenarai la tu..di tambah lagi dengan koktail buah & sambal pedas..pehh..layan abis makan time tu...memang kekenyangan betul..huhu! 



merebus makanan2 laut & menggoreng nugget+hotdog


Koktail Buah Nenas

Hampir2 licin aku makan..8-)


sepupu kecik ku Zaim & anak sedara 




signing off ::































No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih