Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Friday 26 February 2010

Persiapan Kahwin @ Johor

Salam..


Cepatnya masa berlalu, pejam celik lagi 3 bulan sahaja aku nak melangkah ke gerbang perkahwinan. Dua hari yang lepas ke kg my fiance @ Batu Pahat, Johor dengan tunang untuk mempersiapkan segala persiapan perkahwinan kami di sana termasuklah membuat urusan di Pejabat Daerah Agama Batu Pahat, Membeli kain pasang & membuat tempahan baju sanding di sana. Sepanjang di sana, mak (panggilan buat my future mother in law) ajak pergi ke bandar untuk membeli kain untuk persandingan kami di sana. Teruja bila tengok mak sanggup gagah kan diri nya untuk ke bandar petang tu even penat bekerja di siang hari..thankz ea mak..Sampai jea kami di sana, survey punya survey kami memilih Gulati's Silk House sebagai pilihan untuk mencari kain di sana. Pelbagai jenis kain & warna di jual di situ..semuanya cantik2 belaka..huhu! Finally, warna ungu menjadi pilihan kami..So, tinggal untuk membuat tempaha je lagi. Nak cari tailor dah tak perlu di fikirkan sangat sebab...bakal akak ipar dah cari kan. 

Hari berikutnya....temankan tunang pergi ke Pejabat Daerah Agama Batu Pahat untuk mengambil borang kebenaran berkahwin & borang pemeriksaan ujian HIV sekali sambil membuat pertanyaan dari segi prosedur permohonan nikah (bagi pihak laki). Bila dah selesai isi-isi borang tersebut termasuk mendapatkan pengesahan..kami pun submit form ke pejabat daerah agama balik untuk mendapatkan  surat kebenaran berkahwin daripada pihak sana so that surat kebenaran tu dah boleh di serahkan pada pihak perempuan. Amik masa 2 hari juga la nak settlekan segala dokumen2 & mendapatkan kebenaran berkahwin daripada pejabat agama. Alhamdulilah segala-segalanya dapat di selesaikan..:-) 

signing off : syaQira

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih