Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday 27 February 2010

Tinggal 2 Bulan je lagiii


Salam...


Majlis Perkahwinan aku dah tak lama nak di adakan, tinggal lagi 2 bulan setengah jer..Pastinya, waktu sekarang ni, aku hanya berfikir untuk membuat semakan & menokok tambah je yang mana tak cukup lagi...al maklumlah, kerja kawin ni bukan senang ye nak buat. Banyak benda yang nak kena fikir & preparation tu sangat penting kalau di buat dari awal. Since last year lagi, aku dah start buat kerja kahwin..daripada buat survey, buat booking sana sini, shopping barang-barang hantaran & souviner, make appoinment my wedding planner & urusan dengan pejabat agama. Setakat ni alhamdulilah..dah nak masuk bulan Mac ni..persiapan perkahwinan aku dah 75%..tinggal lagi untuk dapat confirmation dengan tok kadi dari segi masa & submit form nikah, beli barang souviner (penambahan), bunga pahar & cadar katil & semakan & baki bayaran untuk semua preparation yang dah di buat termasuk wedding card, photographer, butik pengantin, dewan, caterer & PA Systems. Bagi aku cukuplah kalau majlis aku di adakan nanti sederhana & sempurna mengikut kemampuan dan bajet kewangan. Mengambil masa hampir setahun juga la buat preparation ni. Alhamdulilah..segala2nya still running seperti di rancangkan...terima kasih buat ibubapa aku yang membantu dalam urusan perkahwinan anaknya ini..serta tidak di lupakan buat tunang tersayang, thanks byk2 sebab memahami dirini, memberi pendapat & membantu dalam urusan perkahwinan ni. Selain tu, terima kasih juga buat keluarga kedua belah pihak, sahabat2 ku, rakan2 dalam memberi sokongan, pendapat & kerjasama untuk persediaan majlis aku kelak.....Untuk rujukan, aku kongsikan perancangan yang aku buat di sini :-

Apa yang di buat & di rancang (bagi 8-6 bulan sebelum majlis)
  • Catering 
  • Wedding Card
  • Photographer
  • Butik Pengantin :: Make up 2x (nikah+sanding), Baju Pengantin (L/P+aksesori), Pelamin Dewan, Flower Arch, Set Lighting Stand, Red Carpert, Hiasan Bilik Pengantin & Tempahan  Baju Nikah.
         (F.O.C : Bunga Tangan & Banner )

  • Warna Tema : Baby Blue+White (ikut pilihan anda)
  • Beli Barang-barang Hantaran (L/P) Part l
  • Sijil Kursus Kahwin (dah ada sijil ni time study dulu)..hehe
Planning seterusnya?? (bagi 6-3 bulan sebelum majlis)
  • Beli Kain (untuk tempahan baju nikah) - gedung pilihan Jakel (grey colour)
  • Tentukan acara majlis
  • Kompang
  • Beli barang hantaran Part ll (Perfume je tak beli time ni + tokok tambah cikit) 
  • Shopping barang-barang souvenier (Ayer Itam+Nilai 3)
  • Bunga Pahar
  • Cadar Pengantin
  • Buat Piliuhan Pengapit
Step sebelum nikaHH yang MESTI di buat & di segerakan (lagi 3-2 bulan sebelum majlis)
  • Dapatkan borang nikah & ujian HIV di Pejabat Agama Daerah
  • Buat pemeriksaan ujian HIV bagi bakal pengantin
  • Lengkapkan borang nikah & pengesahan
  • Salinan kad pengenalan bakal pengantin (L/P), 2 orang Saksi
  • Salinan surat nikah ibubapa
  • Salinan sijil kursus kahwin
  • Dapatkan kebenaran untuk bernikah di masjid (bergantung pada individu)
  • Buat tempahan untuk majlis nikah dengan Jurunikah (Imam)
  • Dapatkan borang kelulusan/kebenaran berkahwin daripada pihak laki
Finallll stePPP...(bagi 2-1 bulan sebelum majlis)
  • Buat semakan dari peringkat awal & akhir
  • Pastikan makan minum cukup
  • Buat facial
  • Buat semakan dengan ahli keluraga dari segi warna tema baju + tugasan
  • Edarkan kad jemputan kahwin & hebahkan melalui ahli keluarga+kawan2 & berkaitan..(refer list yg di buat)
  • Buat semakan dengan pihak lelaki 

signing off : syaQira

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih