Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Monday 1 March 2010

Persiapan Kahwin Part 3 @ Nilai 3

Salam..

Bercerita tentang Nilai 3..dah tentu bila bermain di kepala dari segi kepelbagaian barang2 & pusat barang2 perkahwinan..Hari sabtu yang lepas aku berkesempatan untuk ke sana bersama ibubapa aku & adik2 untuk memcari barang-barang souvenier, bunga pahar & cadar pengantin..Dari kl-nilai tidak jauh sangat so bagi yang nak berkahwin tu..aku suggestkan pergi ke Nilai 3 untuk cari barang2 wedding. Memang penat kalau nak membuat survey yang betul2 mengikut pilihan & kemampuan kita..paling penting usaha & doa pasti ada jalan yang boleh di permudahkan dalam membuat urusan. Sebelum ni, aku dah penah ke Ayer Itam untuk memcari barang2 souviner tapi tidak lah sepenuhnya sebab masa amat mencemburui kami sekeluarga di sana..kebetulan baru balik dari JB selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di sana. Bila nak balik KL tu singgah ke Ayer Itam so dapat lah juga beli barang2 souviner untuk 1000 tetamu cuma nya nak tokok tambah tu rasanya kami beli kat Nilai 3 je..Bila dah dapat peluang aritu, kami pergi ke Nilai 3...alhamdulilah..sepanjang membeli belah kat Nilai 3, lengkap lah segala keperluan yang nak di beli hari tu dengan harga yang berpatutan & kualitinya. Walaupun penat tapi seronok...sebab usaha tu berbaloi dengan ape yang kita dapat di sana...

signing off :: syaQira

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih