Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday 29 September 2009

Raya 2009..

Salam

Bestnya kalau dah dapat balik raya di kampung...bila balik kampung sudah pastinya macam-macam aktiviti yang di buat termasuklah memasak dan mengemas umah opah...huhu..!Raya tahun ni persiapan sederhana sahaja.. Sehari sebelum raya, kami sekeluarga termasuk lah aku & sepupu2 bertungkus lumus untuk memasak & mempersiapkan segala persiapan untuk raya...Paling penting kerjasama amat di perlukan kalau dah berkumpul dengan sanak saudara di kampung..Malam raya pula, normally kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk bersembang di hall sambil rest...time ni la dapat bertanya khabar lebih sambil berlawak jenaka & mengimbas kenangan-kenangan lama..hehe..!Kalau dah sekali balik, memang meriah di rumah opah ni....al maklumlah dengan cucu-cucu opahnya..cicit-cicitnya sekali...kedengaran suara budak-budak kecil yang keriangan kalau dah berada di kampung..huhuhu...Keesokan harinya..kami bangkit awai untuk solat hari raya..selepas solat raya..bersalaman seisi keluarga & bergamba..pastinya kenangan raya tahun ni amat bermakna buat kami sekeluarga...alhamdulilah..nikmat rasanya bila dapat menikmati pelbagai juadah di sediakan seperti ketupat, rendang ayam+daging, lemang, kuih-raya dll..memang layan abis..ehehehe!!Hari raya ke-2 pula..pagi2 lagi kami sekeluarga buat planning untuk buat BBQ..asalnya nak buat malam raya ke-2 di sebabkan ujan so tangguh kan hasrat malam tu..apepun, memang enjoy abis..mana taknya kalau dah dapat buat BBQ..makan jele...apelagi kan..hehe...yang paling best keje aku dengan cousin2 perempuan makan jek sebab cousin2 laki dah banyak membantu dalam menjayakan aktiviti BBQ tu..kira okla kan sebab time mengemas nanti turn aku dengan cousin2 perempuan plk..fair la tu kan..ok la ea..sampi sini dulu dapat aku coretkan..apepun tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...~out~

signing off ::syaQira


Kampung ku..Bota Kanan, Perak
Bergamba raya bersama cousins
Suasana raya..cutenye opah bertudung biru tuh..huhu!
Riuhnya deme2 nih..ekek!
BBQ..
Nyum-nyum
 Aktiviti di pagi hariiii..ehehe!




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih