Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 12 January 2010

Peliharalah Kami....



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


Tuesday, 5 January 2010

INFO : Apa itu Cinta???

Apa Itu Cinta?



Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.


Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

 
Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

 
Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

 
Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

 
Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta

Sunday, 22 November 2009

Persiapan Kahwin Part 2

Salam

A few days ago..my fiance come in @ KL...i'm really happy when i heard that..huhu..at the same time, we have a lots things to settle around here..1st thing, aku dengan dia shopping  untuk preparation perkahwinan kami tahun depan..actually, 2 benda je yang nak di cari iaitu kain pasang (nikah) dengan seutas gelang sebagai hantaran daripada bakal suami aku nanti..;-) Lagipun,  barang2 hantaran yang lain sudah selesai di beli sebelum tu..so senang cikit keja kami time tu..huhu!Kami perlu buat preparation cikit2 dari sekarang so that senang di kemudian hari nanti. Keduanya, kami pergi berurusan dengan kak nur (owner butik pengantin) dan photographer kami untuk discuss tentang preparation kami next year. Ketiganya, kami balik kampung (my fiance) kat Batu Pahat, Johor untuk urusan kahwin jugak. Macam nila..kerja kahwin, bukan sekali benda je nak di fikirkan..banyak benda nak di buat. Alhamdulilah..segala2 nya dapat di buat dengan teratur mengikut ape yang aku listkan sebelum tu. Kalau sebelum tu, aku dah ada buat preparation cikit-cikit termasuklah membeli barang-barang hantaran..kebetulan ada sales kt Sogo & Jaya Jusco aritu..aku pun berkesempatan  untuk amik peluang yang ada untuk shopping barang-barang hantaran..bestnya..sebab dapat barang-barang yang di beli atas pilihan aku sendiri & persetujuan kami berdua..lgpun tunang aku jenis tak kisah..yang mana baik untuk kami..bagi die okay je..bestkan???huhuhu..

Sebelum pergi mencari kain pasang, kami singgah ke kedai emas untuk membeli gelang..alhamdulilah rezeki aku dan tunang ku time tu, kedai emas tu ada buat promotion untuk harga emas bagi customer yang ada VIP Gold Card..nasiblah aku ada kad VIP tu so dapatlah harga emas yang murah dari harga emas sekarang. Dalam tempoh seminggu je promosi bagi ahli VIP Card tu..dengan ada kad tu jimat cikit untuk membeli nya, aku bersyukur sangat2.Lagipun..harga emas sekarang bukan murah nilai nya kalau nak di bandingkan dengan harga emas sebelum ni..Sepanjang kami mencari kain pasang untuk nikah nanti @ Jalan Masjid India..kami berkenan dengan 1 kedai tekstil kain yang terkenal dengan panggilan Jakel Masjid India.Lalu..kami pun masuk ke kedai tersebut dan banyak kain serta warna-warna menarik..akhirnya kami decide untuk membeli kain pasang atas pilihan kami berdua iaitu kain satin+lace..dengan warna pilihan aku sendiri grey colour..Walaupun kepenatan masa tu, kepuasan tu ada..dengan harga emas yang kami dapat berpatutan serta diskaun pada harga kain & kualiti memuaskan...usaha tu tidak sia-sia untuk mencari barang-barang ni dalam peringkat awal. So, hanya tinggal barang-barang yang kecil-kecil je untuk kami sempurnkan masa pernikahan & perkahwinan aku nanti seperti kek, coklat, manisan dan sirih junjung. Untuk barang-barang hantaran sahaja dah 85% kami selesaikan. Kalau nak beli semua barang-barang hantaran hari tu, rasanya masa amat mencemburui aku dan tunang aku..Jadi, dari peringkat awal la aku dah bergerak untuk membeli barang sikit demi sedikit..so that menjimat kan lagi masa. Alhamdulilah..everthing goes well & terima kasih juga buat tunang tersayang yang memahami diri ni dalam membantu  mempersiapkan segala urusan perkahwinan kami..All thanks to Allah to helping us 4 everything properly..;-)..okay..rasa nya cukup sampai sini dulu..later on aku sambung lagi cerita dalam wedding part yang seterusnya...


            
signing off ::syaQira

Semakan ::

  • Kain Pasang L/P Satin+Lace (Grey Colour) = Pilihan tekstil dari Gedung Jakel @ Masjid India

              

Tuesday, 3 November 2009

Jalan-Jalan Melaka...30/10-1/11/09


Kalau bercerita pasal jalan-jalan ni memang best di layan..huhu..Sabtu yang lepas, aku dengan opismate aku ke Melaka..Destinasi utama yang kami pergi ke Pengkalan Balak..Perjalanan dari Kuala Lumpur-Melaka yang mengambil masa dalam 2 Jam (tak silap akula) ternyata "happening" dengan berkonvoi 3 buah kereta (termasuk kete comeiiii kuu) huhu! Setibanya kami ke destinasi yang di tuju, kami pun p check in dekat Seraya Pantai Chalet di situ.Yang mana datang berkeluarga ikut keluarga la ye so amik bilik masing-masing...yang berstatus tunang, single & yang sudah available tu 1 bilik sekali..hehehe! Fuhh..bile dah dapat katil dengan econ nye lagiii..rasanya tak nak tinggalkan bilik tu..nak tito je dulu.. huhu!

Dinner untuk malam itu kami pergi ke Umbai..Kalau bercakap pasal Umbai memang terkenal dengan Restoran Terapung Ikan Bakar kat sana..ternyata dinner kami pada malam tu memang cukup meriah dengan pelbagai jenis lauk yang kami order..hehe! Memang syokk abis la makan kat sana..tak rugi..kalau ada rezeki nak je p lagiiii...huhuhu! Bila perut dah kenyang, mula la untuk mengambil sessi bergamba sebelum balik dari Umbai...atleast boleh la di buat kenangan2 dari sana.......Untuk keesokan harinya, kami pun bangun awal untuk bersiap & berkemas untuk check out dari chalet. Selesai sudah, kami picnic di tepi pantai untuk membuat breakfast+BBQ...best betul kalau dah berkelah di tepi pantaiiii.......Sambil itu, aku dengan opismate amik peluang untuk bermandi manda kat pantai..bukan senang kan kalo nak p pantai selalu..time nie la kami kerjakan..hehehehe!! Dah puas mandi manda, ternyata muka kami pun burn..ni gara-gara kalo dah dapat berjemur..macam nila jadinya..apepun, memang enjoyyyy abis..Seterusnya...selepas selesai berkemas untuk meninggalkan Pengkalan Balak...final distination yang kami tuju ke Bandar Hilir Melaka....Di sini kami banyak menghabiskan untuk bergambar di tempat-tempat bersejarah & shopping..huhu! After solat magrib..baru kami bertolak untuk balik ke KL....Alhamdulilah...perjalananan balik kami berjalan dengan lancar..mudah-mudahan lepas ni kalau ada rezeki datang lagi ke Melakaaaaaaa........;-)
===end===

signing off ::syaqira::                                                                        
          
Konvoi



Tempat penginapan kami


Seraya Pantai Chalet


Dinner @ Umbai


Kenangan @ Pengkalan Balak


Jalan-Jalan Bandar


Special Pose..ehehehe!

Sunday, 11 October 2009

Genap Setahun Pertunangan..11/10/2009



Salam...

Alhamdulilah..arini genap setahun ulang tahun pertunangan aku & dia...Hendak di imbas kembali, detik-detik perkenalan kami sehinggalah ke alam pertunangan panjang cerita nya sampai aku tidak terungkap di sini..Cukuplah antara aku & dia..alhamdulilah dalam usia perkenalan kami sejak October 2003 (kalo aku x silap) hubungan kami masih utuh even pelbagai ujian yg kami lalui...Allah maha Mengetahui apa yang di kehendaki Nya...alhamdulilah inilah jalan yang kami pilih setahun yang lalu untuk bertunang. Sedar tak sedar, hubungan kami dah pun menjangkau 6 tahun...(proses perkenalan+pertunangan)..kalo org lain dengar, memang jangka masa yang amat panjang..Kadang2 aku terpikir, dalam tempoh 6 tahun..di tolak ngn 2 tahun perkenalan, 4 tahun aku dah berkahwin...wahhh..advance tu..tp bukan mudah untuk kita membuat keputusan dalam waktu terdekat lagi2 melibatkan masa depan. Banyak perkara yang harus kami fikirkan demi komitmen pada pelajaran, keluarga, kerjaya & matlamat kami ke arah rumahtangga..bukan mudah untuk di lalui..senang cite, pelan2 kayuh...huhu..!

Bercerita pula tentang persiapan pertunangan aku setahun yang lalu, segala persiapan hantaran, baju tunang, tudung, veil, catering & lain2..semuanya dapat di selesaikan dalam masa yang di tetapkan walaupun majlis pertunangan jatuh bulan syawal..ia tidak membataskan aku & family untuk membuat preparation. Dengan perancangan awal, alhamdulilah majlis pertunangan aku dapat berjalan dengan lancar. Di sini juga, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga, saudara mara & pihak rombongan daripada pihak laki kerana menjayakan majlis ini...mudah2an majlis perkahwinan yang akan di adakan pada bulan Mei 2010 nanti (tarikh blm d tetapkan) berjalan dengan lancar & di berkatiNya..amin....

Buat tunang ku tersayang Muhamad Zaid...Selamat Ulang Tahun Pertunangan Kita...moga ape yang kita hajatkan mudah2an tercapai..amin ya rabbal alamin...

signing off ::syaqira::

Gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Ku 
pada 11 October 2008 bersamaan 11 Syawal 1429H



Hantaran Ku..Buat Si Dia


Cincin merisik+tunang..


Aku...


wif my fiance..after majlis