Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 25 August 2010

Oh..Mia

Salam...

Sebut je nama Mia Sara Nasuha..tentu teringat dengan drama nya dalam Adamaya..& kini dalam Epilog Syurga Cinta..comei sungguh mia ni..melihat pipinya puteh gebu..rasa nk cubit je..geram sangat..beruntungya dapat anak macam tu kan..(^-^)..Kemunculan Mia Sara di arena seni menjadi kegilaan ramai peminat di luar sana yang meminati nya termasuk la aku sendiri...huhu..!kalau di facebook tu, ade juga menjadikan gambar Mia sebagai main pic dalam fb tu..Wah..betapa glamornye Mia kan..apepun, Mia memang comeiiiii..Mudah-mudahan mia sukses selalu dalam ape jua bidang yang di ceburi....







Miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebut di telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah


miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu


ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah


tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah


signing off ::

 


















Thursday, 19 August 2010

Tak Rugi Baca Al Quran

Hadis yang Menarik







Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.






Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,


Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'






Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi






Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'






Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana






'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

























Thursday, 12 August 2010

Harapan Ramadhan




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

  • Rase tenang dan damai jer perasaan ini bila menghayati lirik ni.. :)

signing off ::

Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan Al Mubarak...


Salam...


Alhamdulilah...selesai sudah terawih pertama aku tadiii...mudah2an amalan aku arini dan seterusnya di terima Nya....amin.Esok dah nak pose..terpikir sok nak buat nasi goreng je lagi2 kalau di makan dengan tempe goreng...bestnyaaa..Terima kasih kat boss bagi tempe goreng tu...sedapppp...huhu! Puasa kali ini, aktiviti tak la sesibuk mana pun..lebih membuat amalan. Kalau waktu bekerja sebelum ni, balik kul 4.30-6.00...bulan pose ni, kul 4.00 ptg dah balik opis..bestnyeeeee awallll balik..ade masa nak ke bazar lagi tu....huhuhu! Bulan pose ni..aku tak nak belanja berlebih2an sama dengan konsep aku sebelum ni..berjimattt....kalau nak belanja di bazar, agak2 perlu yang nak di makan je aku beli...biasalakan kalau di bulan pose ni, keinginan nya berbeza cikit..paling penting "don't wasting"...senang cite bijak berbelanjaaaaa...8-)...
apepun, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..moga segala amalan kita di berkatiNya.......AMIN...sekian

signing off :: 











Monday, 2 August 2010

1 Ogos 2010..

Sumber rezeki akuuuu

Bermula mingguni, ada keja urgent yang nak di siapkan termasuk membuat report outstanding akaun yang nak kena submit kat boss..hopefully, aku dapat siapkan secepat mungkin walaupun kekadang ada kerja lain yang nak di dahulukan..Sedar tak sedar, semalam genap lah 3 tahun aku bekerja di sini..cepat betul masa berlalu..1st day, aku masuk kerja..teringat aku membuat sales invoice yang sangat la banyak volume nye dalam sistem akaun tu..jari jemari ni jugak la yang duk bising press keyboard ni..huhuhu! Sehinggalah ke hari ini..alhamdulilah, aku masih di beri kepercayan & peluang untuk bekerja di sini..Pengalaman tu mengajar erti kematangan buat aku..Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk tu kita jadikan sempadan..apepun, hepy working.....8-)

Ni la kerja aku..menghadap komputer je ari2..8-)
signing off :: syaQira