Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, 24 September 2010

Majlis Raya 2010 @ Opis

Salam...


Wahh...Kekenyangan betul arini..al maklumlah perut ni dah di isi dengan pelbagai juadah majlis raya kat opis tenghari tadi..kenyang sampai ke malam tu...Alhamdulilah...Jom layanz...














    Majlis raya kali ni juga di sertakan dengan majlis perpisahan buat rakan sepejabat aku..Kak eMy..Tiada lagi tempat aku & rakan2 sebagai tempat mengadu, pendapat, gembira & lepaskan kemarahan...ehehehe!Kenangan bersama Kak eMy akan kami abadikan selama-selamanya..lagi2 time nak bekpes & lunch..kami dah kekekurangan ahli..:-(

p/s buat Kak Emy :: nak kahwin jangan lupa jemput..('',)








Signing off ::




Wednesday, 22 September 2010

Raya @ 2010

Salam..


       Raya tahun ni buat pertama kali nya aku beraya sebagai isteri..tahun ni juga, giliran aku beraya di rumah suami di Batu Pahat @ Johor..Tak sabar rasanya hati nak menyambut raya time tu..al maklumlah, mood in raya kan. Sehari sebelum last berpuasa aku dan suami dah balik ke kg..atleast bile dh balik time tu, dapat la merasa nikmat bersahur keesokan harinya bersama family mentua..Wah..pengalaman baru beraya di sana, kalau sebelum ni..aku beraya bersama keluarga..pada raya tahun ni aku beraya bersama "family baru" lagi2 bila dapat beraya dengan insan yang bergelar suami..(",). Malam raya sudah tentu aku & family mentua sibuk membuat segala persiapan raya termasuklah menyediakan juadah di pagi raya..Paling selera juadah raya tahun ni adalah masakan mak mentua aku iaitu ayam masak kicappp...walaupun bunyi masakan nya simple tapi nak membuatnya kena betul2 & ada cara nya sendiri..huhu!Time 1st raya aritu banyak habiskan masa di rumah nenek husband, melayan saudara mara terdekat datang beraya di rumah & beraya rumah akak ipar yang tak jauh daripada rumah mentua. Raya punya raya...hari raya ke-2 baru la aku, suami & family mentua berkesempatan beraya di rumah saudara mara husband aku di sana..kenyang betul perut time tu..sampai la ke hari raya ke-6 aku dan suami pulang ke kL..


      Keesokan paginya, kami bertolak ke kampung mak aku untuk beraya di Sungai Besar @ Selangor...malamnya beraya di rumah makcik aku di sana. Raya ke-8, aku, suami & family aku bertolak dr kg mak ke kg ayah aku di Bota Kanan @ Perak then ke Bandar Seri Iskandar terus sebab opah aku stay kat rumah Wan Chik (rumah adik ayah aku)..kebetulan tahun ni, kesihatan opah tak mengizinkan jadi opah di jaga makcik aku ni & keluarganya..so kami pun bermalam la di sana..Berkonvoi 2 buah  kereta...Senang cerita raya tahun ni je beraya 3 buah negeri..Johor-Selangor-Perak..kalau nak di bandingkan tahun lepas beraya di Perak-Selangor yang menjadi tradisi tiap kali balik beraya dr KL..Sepanjang dalam perjalanan alhamdulilah lancar..lepas je dr pekan Bagan Datoh @ Perak..husband aku tegur kapal yang ada kat tepi jalan raya ni..aku pun terus mengalihkan pandangan ke cermin kereta belah kiri...Sekali tengok memang kapal besar pun..memang menarik perhatian sesiapa yang lalu jalan ke situ..

Perjalanan dari Sungai Besar @ Selangor ke Bota Kanan@ Perak
    
inilah kapal yang di maksudkan tu >>Kapal Nautika Maharani <


          Dari Sungai Besar ke Teluk Intan..kami beraya di rumah Pakcik (Pak Itam) aku..Huhh..Mak Tam masak laksa johor lagiiii..sedappp...sampai adik2 aku menambah2 lagi laksa tu. Selepas selesai, singgah ke Pekan Teluk Intan sebab nak melawat Menara Condong jap..Saja2 jalan...huhu!Ramai juga pengunjung yang datang ke sana even masih dalam mood raya ni..orang ramai pun tak melepaskan peluang untuk berjalan ke sana lagi-lagi tempat bersejarah macam tu..Aku pun lama jugak tak p pekan Teluk Intan..kalau p pun, if ada tujuan je sebab kalau balik kg opah aku tu, jalan nya tak sehala dengan pekan ni..So, ade peluang tahun ni..p lagi Pekan Teluk Intan.8-)


Dari Sungai Besar--->Teluk Intan
              
Menuju ke Menara Condong

Menara Condong Teluk Intan @ Perak



aKu & family


aku & suami tersayang


         Selesai berjalan...kami pun bertolak balik ke Bota..sebab opah dah tak sabar menunggu kepulangan kami sekeluarga..siap telefon ayah lagi..nape kome tak sampai2 lagi..rupa2nya kami dah pergi tempat yang tak terancang tadi..so, tu yang tak sampai2 lagi...minta ampun ye opah..huhuhu! Sepanjang perjalanan..best nya tengok sawah2 padi yang menghijau...terubat rindu tengok sawah2 ni...bukan senang nak tgk kan lagi2 kalau dah ade kt kL...eheheh!







    Akhirnya, selepas 2 jam dalam perjalanan dr kg mak aku..Alhamdulilah lepas solat zohor kami pun sampai tempat yang di tuju...senyum je opah ye bila kami dah sampai..eheheh! Tiba malam nya pula, bila dah berkumpul dengan adik beradik ayah..kami pun buat la aktiviti masak memasak ni..simple2 je pun..buat steamboat & makan2 bergoreng..nugget+hotdog kire tersenarai la tu..di tambah lagi dengan koktail buah & sambal pedas..pehh..layan abis makan time tu...memang kekenyangan betul..huhu! 



merebus makanan2 laut & menggoreng nugget+hotdog


Koktail Buah Nenas

Hampir2 licin aku makan..8-)


sepupu kecik ku Zaim & anak sedara 




signing off ::































Monday, 13 September 2010

Iftar @ 2010


Salam...

Entry kali nie..nak cerita iftar sebelum bercuti raya aritu..memang happening..al maklumlah kalau dah dapat berbuka kat luar, pasti enjoy jek lagi2 bab makan ni. Mentor pada aritu salah seorang opismate aku yang bernama "Cik Waheeda"...kalau tak ada die ni memang kami2 ni kelaparan..dia la pembuka majlis iftar kami..eheheheehe!!Berterima kasih juga le pada nya..paling penting thanks pada "Cik Emy" yang berjaya memilih lokasi iftar kami dengan jayanya...memang sedap makan kat situ. Aku bagi 5star makan kan sini..sebab tomyam die sedapppppppp..huhuhuhu!Jom layanzzz.........

Cik Waheeda yang mengetuai bacaan doa berbuka pose..8-)
Jom makan....tomyam tu paling best sekaliii...huhu!

Sedaaaaaapppppp..

Nyummm......

Signing off::

Sunday, 5 September 2010

Jalan TAR





Salam...

Lately, aku ke Jalan TAR..Tujuan aku ke sana pun nak fokus barang2 yang nak di beli jek..sebab aku rasa, belanja mengikut keperluan..lagipun, bab2 nak cari baju raya ni aku dah selesaikan..so, main point aku nak p Jalan TAR adalah kasut..keduanya, tudung..huhu...Sampai je aku ke masjid jamek...ramai2nye la org..al maklumlah, nak raya ni kan..org ramai amik peluang ke Jalan TAR cari keperluan raya..baju raya, kasut raya & macam2 lg..sampai tak terungkai kat sini..ekekeke.

Aku rasa lebih selesa aku naik train time ke sana, kalo aku bawak kereta jenuhnye laaaaa...nak cari parking kereta..sebab dah berpengalaman kan so..kali ini memang aku tak bawak kereta sampai ke Jalan TAR ni..sanggup aku park je kereta aku tu dekat LRT Putra..lagi mudah urusan aku..tak kisahla kan sampai aku kena jalan kaki pun janjiii aku tak jenuh cari parking & tempuh jalan yang sesak..Lagipun, harga parking kereta je sekarang dah naik...bukan ikut per entry ok..per hour lagiiii...tu yang buat aku terbatas nak bawak kereta...

Bila nak cari barang2 yang nak di beli..terus ke kedai kasut..sebab kedai kasut tu agak jauh sedikit dari bazar masjid jamek tu..so aku ke sana duluuuu..alhamdulilah..dalam ramai2 orang tu..dapat juga aku cari kasut yang nak di beli..So..ni la hasilnya...

Kasut yang aku rasa selesa di pakai..8-)


Meriahnye kat kedai kasut nih..

Tengok tue..sampai tak tersusun jadinye kasut2 yang di jual ke situ..ramai sangat yang singgah..



dah dapat beli kasut..tudung pulak yang dpt di beli...even terpaksa menapak dari kedai kasut tadi...jalan punye jalan..ingin mendapat kepuasan..hasilnya seperti di bawah..;-)


Tudung Bawal Kerawang


signing off ::syaQira































Tuesday, 31 August 2010

Cuti Merdeka..

Salam..

Lama rasanya tidak bersua..sekali sekala ade kelapangan ni baru la nak update blog. Nak di jadikan cerita, arini cuti 1 Malaysia..so, aku mengambil peluang untuk membeli belah baju buat suami tersayang @ Jaya Jusco untuk raya ni..ramai juga orang yang  amik kesempatan cuti merdeka arini untuk membeli belah baju raya anak2, ibu2, bapak2, sape lg???fikir sendiri jela ye..ehehe! Sempena menyambut kedatangan bulan syawal yang bakal tiba nanti, ramai orang yang amik peluang untuk membeli belah di saat2 ni lagi2 kalau dapat barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan..al maklumlah, JJ buat sales sampai less 70%...apepun, kita sebagai pembeli ni kena bijak dalam membuat pilihan..paling penting ikut bajet yang ada. Dalam kesibukan orang ramai yang datang ke situ, alhamdulilah aku dapat membeli beberapa helai baju untuk hubby arini..baju melayu dah ada, jadi hanya baju2 tambahan untuk di beli time ni. Dalam 3 helai baju yang aku dapat beli, so dalam 2 helai tu boleh la juga di padankan dengan beberapa baju kurung aku yang ada. Hopefully, hubby aku selesa dengan baju2 yang aku beli ni..walaupun kadang2 ada sedikit kekurangan. Nak di pendekkan cerita, time aku memilih kemeja untuk hubby..aku ade letakkan sekejap sehelai baju yang aku pilih kat atas helaian baju2 kemeja kat situ..dalam leka aku membuat pilihan baju kemeja pulak, ade seorang wanita ni tanpa segan dan silu...bertanya pada aku "kak..menarik la baju yang akak pilih tu..akak amik kat mana ye"?(baju yang di maksudkan tu, baju yang aku letakkan kat atas helaian baju kemeja tu)..lalu aku pun menjawab balik "akak amik kat bahagian snail oroginal brand"..kemudian, wanita tu pun meninggalkan ucapkan terima kasih dengan senyuman..Bila aku pusing2 balik kat area baju yang wanita itu tuju, terserempak dengan dia..kebetulan aku lalu kat situ cari baju yang lain pula..tak sangka wanita itu pun beli baju & colour yang sama macam aku beli..aku rasa hepy bila tengok orang lain pun dapat beli ape yang di inginkan..tak kisah la sama dengan aku ke tak kan..janji aku dapat membantu wanita tu untuk membuat pilihan baju yang nak di beli. Dalam benak fikiran aku ni, mungkin juga wanita itu membeli baju untuk hubby die jgk..sebab die dtg ngn anaknya...maybe..entah betul ke tak..kalau betul sama la tujuan die dengan aku arini..8-) Apepun, di kesempatan ni..aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-53 tahun"..pEace no War..(^_^)..sekian

dapat beli 2 helai T-Shirt dengan Kemaja

gambar-gambar di bawah ni aku try padankan baju2 hubby yang aku beli tadi dengan baju2 kurung aku ni..
Baju hubby yang sedondon dengan baju kurung aku ni..8-)
Just colour kemeja ni je yang aku rs boleh masuk dengan baju kurung pesak gantung ni..nak dapatkan kemeja yang sesuai, salesman kate dah tak de jual..bagi aku yang ni pun ok jgk..;-)
signing off::