Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 1 March 2010

Persiapan Kahwin Part 3 @ Nilai 3

Salam..

Bercerita tentang Nilai 3..dah tentu bila bermain di kepala dari segi kepelbagaian barang2 & pusat barang2 perkahwinan..Hari sabtu yang lepas aku berkesempatan untuk ke sana bersama ibubapa aku & adik2 untuk memcari barang-barang souvenier, bunga pahar & cadar pengantin..Dari kl-nilai tidak jauh sangat so bagi yang nak berkahwin tu..aku suggestkan pergi ke Nilai 3 untuk cari barang2 wedding. Memang penat kalau nak membuat survey yang betul2 mengikut pilihan & kemampuan kita..paling penting usaha & doa pasti ada jalan yang boleh di permudahkan dalam membuat urusan. Sebelum ni, aku dah penah ke Ayer Itam untuk memcari barang2 souviner tapi tidak lah sepenuhnya sebab masa amat mencemburui kami sekeluarga di sana..kebetulan baru balik dari JB selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di sana. Bila nak balik KL tu singgah ke Ayer Itam so dapat lah juga beli barang2 souviner untuk 1000 tetamu cuma nya nak tokok tambah tu rasanya kami beli kat Nilai 3 je..Bila dah dapat peluang aritu, kami pergi ke Nilai 3...alhamdulilah..sepanjang membeli belah kat Nilai 3, lengkap lah segala keperluan yang nak di beli hari tu dengan harga yang berpatutan & kualitinya. Walaupun penat tapi seronok...sebab usaha tu berbaloi dengan ape yang kita dapat di sana...

signing off :: syaQira

Saturday, 27 February 2010

Tinggal 2 Bulan je lagiii


Salam...


Majlis Perkahwinan aku dah tak lama nak di adakan, tinggal lagi 2 bulan setengah jer..Pastinya, waktu sekarang ni, aku hanya berfikir untuk membuat semakan & menokok tambah je yang mana tak cukup lagi...al maklumlah, kerja kawin ni bukan senang ye nak buat. Banyak benda yang nak kena fikir & preparation tu sangat penting kalau di buat dari awal. Since last year lagi, aku dah start buat kerja kahwin..daripada buat survey, buat booking sana sini, shopping barang-barang hantaran & souviner, make appoinment my wedding planner & urusan dengan pejabat agama. Setakat ni alhamdulilah..dah nak masuk bulan Mac ni..persiapan perkahwinan aku dah 75%..tinggal lagi untuk dapat confirmation dengan tok kadi dari segi masa & submit form nikah, beli barang souviner (penambahan), bunga pahar & cadar katil & semakan & baki bayaran untuk semua preparation yang dah di buat termasuk wedding card, photographer, butik pengantin, dewan, caterer & PA Systems. Bagi aku cukuplah kalau majlis aku di adakan nanti sederhana & sempurna mengikut kemampuan dan bajet kewangan. Mengambil masa hampir setahun juga la buat preparation ni. Alhamdulilah..segala2nya still running seperti di rancangkan...terima kasih buat ibubapa aku yang membantu dalam urusan perkahwinan anaknya ini..serta tidak di lupakan buat tunang tersayang, thanks byk2 sebab memahami dirini, memberi pendapat & membantu dalam urusan perkahwinan ni. Selain tu, terima kasih juga buat keluarga kedua belah pihak, sahabat2 ku, rakan2 dalam memberi sokongan, pendapat & kerjasama untuk persediaan majlis aku kelak.....Untuk rujukan, aku kongsikan perancangan yang aku buat di sini :-

Apa yang di buat & di rancang (bagi 8-6 bulan sebelum majlis)
  • Catering 
  • Wedding Card
  • Photographer
  • Butik Pengantin :: Make up 2x (nikah+sanding), Baju Pengantin (L/P+aksesori), Pelamin Dewan, Flower Arch, Set Lighting Stand, Red Carpert, Hiasan Bilik Pengantin & Tempahan  Baju Nikah.
         (F.O.C : Bunga Tangan & Banner )

  • Warna Tema : Baby Blue+White (ikut pilihan anda)
  • Beli Barang-barang Hantaran (L/P) Part l
  • Sijil Kursus Kahwin (dah ada sijil ni time study dulu)..hehe
Planning seterusnya?? (bagi 6-3 bulan sebelum majlis)
  • Beli Kain (untuk tempahan baju nikah) - gedung pilihan Jakel (grey colour)
  • Tentukan acara majlis
  • Kompang
  • Beli barang hantaran Part ll (Perfume je tak beli time ni + tokok tambah cikit) 
  • Shopping barang-barang souvenier (Ayer Itam+Nilai 3)
  • Bunga Pahar
  • Cadar Pengantin
  • Buat Piliuhan Pengapit
Step sebelum nikaHH yang MESTI di buat & di segerakan (lagi 3-2 bulan sebelum majlis)
  • Dapatkan borang nikah & ujian HIV di Pejabat Agama Daerah
  • Buat pemeriksaan ujian HIV bagi bakal pengantin
  • Lengkapkan borang nikah & pengesahan
  • Salinan kad pengenalan bakal pengantin (L/P), 2 orang Saksi
  • Salinan surat nikah ibubapa
  • Salinan sijil kursus kahwin
  • Dapatkan kebenaran untuk bernikah di masjid (bergantung pada individu)
  • Buat tempahan untuk majlis nikah dengan Jurunikah (Imam)
  • Dapatkan borang kelulusan/kebenaran berkahwin daripada pihak laki
Finallll stePPP...(bagi 2-1 bulan sebelum majlis)
  • Buat semakan dari peringkat awal & akhir
  • Pastikan makan minum cukup
  • Buat facial
  • Buat semakan dengan ahli keluraga dari segi warna tema baju + tugasan
  • Edarkan kad jemputan kahwin & hebahkan melalui ahli keluarga+kawan2 & berkaitan..(refer list yg di buat)
  • Buat semakan dengan pihak lelaki 

signing off : syaQira

Friday, 26 February 2010

Persiapan Kahwin @ Johor

Salam..


Cepatnya masa berlalu, pejam celik lagi 3 bulan sahaja aku nak melangkah ke gerbang perkahwinan. Dua hari yang lepas ke kg my fiance @ Batu Pahat, Johor dengan tunang untuk mempersiapkan segala persiapan perkahwinan kami di sana termasuklah membuat urusan di Pejabat Daerah Agama Batu Pahat, Membeli kain pasang & membuat tempahan baju sanding di sana. Sepanjang di sana, mak (panggilan buat my future mother in law) ajak pergi ke bandar untuk membeli kain untuk persandingan kami di sana. Teruja bila tengok mak sanggup gagah kan diri nya untuk ke bandar petang tu even penat bekerja di siang hari..thankz ea mak..Sampai jea kami di sana, survey punya survey kami memilih Gulati's Silk House sebagai pilihan untuk mencari kain di sana. Pelbagai jenis kain & warna di jual di situ..semuanya cantik2 belaka..huhu! Finally, warna ungu menjadi pilihan kami..So, tinggal untuk membuat tempaha je lagi. Nak cari tailor dah tak perlu di fikirkan sangat sebab...bakal akak ipar dah cari kan. 

Hari berikutnya....temankan tunang pergi ke Pejabat Daerah Agama Batu Pahat untuk mengambil borang kebenaran berkahwin & borang pemeriksaan ujian HIV sekali sambil membuat pertanyaan dari segi prosedur permohonan nikah (bagi pihak laki). Bila dah selesai isi-isi borang tersebut termasuk mendapatkan pengesahan..kami pun submit form ke pejabat daerah agama balik untuk mendapatkan  surat kebenaran berkahwin daripada pihak sana so that surat kebenaran tu dah boleh di serahkan pada pihak perempuan. Amik masa 2 hari juga la nak settlekan segala dokumen2 & mendapatkan kebenaran berkahwin daripada pejabat agama. Alhamdulilah segala-segalanya dapat di selesaikan..:-) 

signing off : syaQira

Tuesday, 12 January 2010

Peliharalah Kami....



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


Tuesday, 5 January 2010

INFO : Apa itu Cinta???

Apa Itu Cinta?



Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.


Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

 
Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

 
Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

 
Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

 
Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta