Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Kid

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, 2 August 2010

1 Ogos 2010..

Sumber rezeki akuuuu

Bermula mingguni, ada keja urgent yang nak di siapkan termasuk membuat report outstanding akaun yang nak kena submit kat boss..hopefully, aku dapat siapkan secepat mungkin walaupun kekadang ada kerja lain yang nak di dahulukan..Sedar tak sedar, semalam genap lah 3 tahun aku bekerja di sini..cepat betul masa berlalu..1st day, aku masuk kerja..teringat aku membuat sales invoice yang sangat la banyak volume nye dalam sistem akaun tu..jari jemari ni jugak la yang duk bising press keyboard ni..huhuhu! Sehinggalah ke hari ini..alhamdulilah, aku masih di beri kepercayan & peluang untuk bekerja di sini..Pengalaman tu mengajar erti kematangan buat aku..Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk tu kita jadikan sempadan..apepun, hepy working.....8-)

Ni la kerja aku..menghadap komputer je ari2..8-)
signing off :: syaQira

Saturday, 10 July 2010

Predators




Siang tadi aku p layan movie dengan hubby @ klcc..ramai sangat orang time tu..nak amik Q..punyelah panjang..sabajela..sambil2 menunggu Q tu..discuss dengan hubby nak select cite yang nak di tonton...akhirnya, kami memilih cite Predators..boleh la layan cerita nya walaupun ade adegan yang mencemaskan tapi tak berapa nak layan sangat la sebab boleh baca action will be come after that..secara ringkasanye, jalan cerita ni menekankn bagaimana pasukan elite yang boleh bertahan hidup di hutan apabila menjadi buruan predators ni..So, berlaku lah pertarungan dan pembunuhan di kalangan mereka yang di buru ni...tapi ending cerita ni tak silap aku tinggal 2orang je daripada 7 orang yang di kirim ke planet predators tuhh..apepun, enjoy la kuar arini coz makan burger king buat pertama kali dengan hubby..huhu..sekian...

signing off:: syaQira




Friday, 9 July 2010

Selamat Pergi & Pulang..

Salam..

Hari selasa lepas, balik keje petang terus balik kg husband..penat juga..tapi x pe sebab abg yang drive..eheheheh!aku rehat jek kat dalam kete..bestkan....huhu! Tujuan balik kg aritu sebab nak menghormati mak mentua, nenek, chik yah, chik ajam pergi umrah..tak lama stay kt sana coz hari rabu tu dah nak anta mak & lain2 p KLIA dengan family2 husband. Suasana pilu+sedih+gembira mengiringi permergian mak, nenek, chik yah & chik ajam...depa p sana dalam masa seminggu lebih...alhamdulilah perjalanan kami ke KLIA berjalan dengan baik walaupun hujan sepanjang perjalananan. Sesudah sampi di sana, kami makan dulu beramai2 & bergambar kenangan sebelum mak & yang lain berangkat..Mak & yang len p sana under pengurusan tabung haji so segala urusan dah tersedia juz nak pergi je..Happynya tengok depa yang p sana, terasa diri ni nak ke sana jgk dengan husband, kalo boleh kalau dapat p ramai2 dengan family aku dan husband lagi bestkan..tapi xpe, InsyaAllah ada rezeki pergi juga nanti.Masa & Bila tu biarla tuhan tentukan..mudah2an..amin..apepun, aku doakan mak, nenek, chik yah & cik ajam selamat pergi & pulang ke tanah air nanti..

signing off:: syaQira


My Mom in Law

me & husband @ KLIA
























Tuesday, 25 May 2010

My Big Day on 21-22 May 2010



Selamat Pengantin Baru 
Salam....


Mengimbas kembali memori indah di hari perkahwinan ku..pastinya ia satu kenangan yang indah buat diriku dan suami seumur hidup. Segala ujian dan cabaran yang kami tempuhi selama ni akhirnya membawa ke jinjang pelamin..alhamdulilah..Tanggal 21 Mei 2010..dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri..bermula lah titik permulaan baru dalam hidup ku sebagai seorang isteri kepada suami ku Muhamad Zaid Adnan. Bercerita sepanjang perkahwinan aku..alhamdulilah semuanya berjalan lancar mengikut yang di rancang walaupun mungkin ada sedikit yang kurang..bagi aku normal bagi yang mengadakan majlis perkahwinan, dah tentu ada kelebihan dan kekurangannya. Terima kasih banyak dengan kehadiran saudara mara, sahabat2 ku, rakan2, rakan2 pejabat serta para tetamu yang hadir yang memeriahkan majlis perkahwinan aku hari tu...8-)

signing off :: syaQira


Alhamdulilah dengan Sekali Lafaz..

Pemberian suami ku..
Membatalkan air sembahyang

Terima Mas Kahwin..
Sah Menjadi Suami Isteri..;-)
Senyuman Kegembiraan..;-)
Hari Persandingan
Pelamin Di Reka Khas dari D'Ratu Bridal House
Our Big Day...



Monday, 1 March 2010

Persiapan Kahwin Part 3 @ Nilai 3

Salam..

Bercerita tentang Nilai 3..dah tentu bila bermain di kepala dari segi kepelbagaian barang2 & pusat barang2 perkahwinan..Hari sabtu yang lepas aku berkesempatan untuk ke sana bersama ibubapa aku & adik2 untuk memcari barang-barang souvenier, bunga pahar & cadar pengantin..Dari kl-nilai tidak jauh sangat so bagi yang nak berkahwin tu..aku suggestkan pergi ke Nilai 3 untuk cari barang2 wedding. Memang penat kalau nak membuat survey yang betul2 mengikut pilihan & kemampuan kita..paling penting usaha & doa pasti ada jalan yang boleh di permudahkan dalam membuat urusan. Sebelum ni, aku dah penah ke Ayer Itam untuk memcari barang2 souviner tapi tidak lah sepenuhnya sebab masa amat mencemburui kami sekeluarga di sana..kebetulan baru balik dari JB selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di sana. Bila nak balik KL tu singgah ke Ayer Itam so dapat lah juga beli barang2 souviner untuk 1000 tetamu cuma nya nak tokok tambah tu rasanya kami beli kat Nilai 3 je..Bila dah dapat peluang aritu, kami pergi ke Nilai 3...alhamdulilah..sepanjang membeli belah kat Nilai 3, lengkap lah segala keperluan yang nak di beli hari tu dengan harga yang berpatutan & kualitinya. Walaupun penat tapi seronok...sebab usaha tu berbaloi dengan ape yang kita dapat di sana...

signing off :: syaQira